CARA HANDLE ORANG SOMBONG !

Cara Handle orang yang Sombong ! | Entah kenapa, hari ni, aku rasa nak cakap pasal sombong . Mungkin sebab aku ni sombong dengan orang yang aku tak kenal . atau mungkin juga sebab orang yang sombong dengan aku. tapi tajuk ni umum, sebagai peringatan kepada kita semua insyaallah.

Sombong ada dua jenis. Sombong kepada orang lain dan yang kedua adalah orang lain sombong dengan kita. Sebab apa aku bahagikan kepada dua, sedangkan boleh lagi di tafsir istillah sombong itu kepada pelbagai definisi. jawapannya adalah suka hati aku lah nak tulis apa pun. hahahaha
cara atasi pasangan yang sombong
selalunya orang sombong ni tak ke mana. sampai satu tahap dia akan insaf juga . Bukan semua orang suka layan orang yang sombong ni. kalau aku sombong mohon tegurlah aku ya. tapi aku memang susah nak masuk dengan orang. bukan bermakna aku sombong. cuba jadi best freind aku. nanti korang tau la aku ni gila macam mana . hahaha

Selalunya kalau orang sombong dengan kita, apa yang kita akan lakukan ?

Kalau aku, pertama sekali kalau aku rajin, aku akan balas balik sombong dia tu. tak baik la korang ni, kalau orang nak sombong dengan kita, bukan selalu kan. hahaha kita pun apa lagi, sombongkan diri la dengan orang macam ni. aku suka tengok muka depa bila kita balas sombong depa tu. hahaha kesian-kesian.

Korang akan handle macam mana ?

tapikan , kalau kita pula, jangan lah sampai nak sombong dengan orang, tak berkat hidup tau.Kita ni selalu kena baik dengan manusia, sebab kita pun tak tahu sebab apa kita akan di masukkan ke dalam syurga nanti. sebab amalan kita pun belum tentu menjaminkan kita kedalam syurga. maka, hati-hati la h yer. aku ingatkan diri aku juga ni .

Semoga entri kali ini bermanfaat ya !

share lah kalau perlu, kalau rasa macam tak, biar kan je ya  ^^

sekian.


loading...

0 comment... add one now