TERSEKSA DENGAN MEDIA SOSIAL !

Sejak dua tiga menjak ni, aku tak sedap hati bila tengok media sosial sekarang ini. Kadang-kadang sampai rasa nak lari jauh dari media sosial. Sebab dalam tu macam-macam benda ada, baik benda yang betul dan fitnah.

Manusia menggunakan media sosial untuk menyatakan pendirian mereka . tapi mereka lupa pendirian orang lain tak boleh bantah selagi tak bercanggah dengan hukum hakam. Banyak yang kata aku betul, dia salah . padahal benda tu tak perlu di debatkan sehingga berlaku pergaduhan.

Dalam Bahasa mudah, jangan cari publisiti murahan dengan hanya mencetuskan kemarahan orang. aku nak marah korang, aku pun tak ada hak.sebabnya itu hak korang dalam media sosial. gunakan bahasa yang baik supaya tidak timbul salah faham di media sosial.

Betul, kita nyatakan pendapat.tetapi gunakanlah ayat yang baik . " ini pendapat aku, terima atau tidak itu terpulang " bukan guna " ini pendapat aku, korang semua kena ikut aku " . macam aku cakap tadi, selagi tak bercanggah dengan agama, orang akan ikut. itu ja.

maaf la, aku jadi sesak bila tengok bangsa aku bergaduh dan berdebat atas benda yang tak memberi faedah kepada ummah . maaf juga salah silap kata aku ini.

sekian.

1 comment... add one now

Mera Hussain Mera Hussain January 5, 2016 at 10:15 PM
Betul tu.. setuju sangat..kadang diorang ni sanggup share benda yang salah demi nak dapat perhatian org.