3 Sebab Kenapa Peminat Bola Sepak Kena Tonton EURO 2016 !

EURO 2016 I Setiap 4 tahun sekali akan berlangsungnya Kejohanan Bola Sepak Euro . Peluang 4 tahun sekali ini pasti di rebut oleh pemain-pemain bola sepak dan juga peminat-peminat bagi pasukan yang bertanding . Untuk Pengetahuan semua, pasukan yang bertanding hanyalah bagi negara-negara Eropah seperti England, jerman, Itali dan beberapa lagi negara eropah .

Jadi Brazil tidak tersenarai dalam negara-negara eropah. oleh sebab itu Brazil tidak bertanding dalam Kejohanan Euro. Lepas ni , jangan ada yang tiba-tiba bila di tanya sokong mana, korang sebut brazil lak. nanti kena gelak. hehehe Jadi aku nak kongsikan dengan korang mengenai 3 sebab Kenapa Peminat bola sepak kena menonton Euro 2016 !

Tonton Euro 2016

1. Kejohanan 4 tahun sekali.

Macam aku katakan tadi, kejohanan Euro 2016 adalah antara kejohanan Euro yang berlangsung 4 tahun sekali . Jadi, pasti ia menjadi salah satu kejohanan yang di nanti-nantikan. Jadi jangan lepaskan peluang menyokong pasukan kegemaran anda !

2. Tempat Pemain-pemain tunjuk kehebatan.

Medium Euro merupakan medium untuk para pemain menonjolkan bakat mereka setelah berehat dari saingan liga yang baru sahaja melabuhkan tirai mereka. Medium Euro juga merupakan platform untuk para pemain menonjolkan bakat mereka yang tidak di tonjolkan ketika bersama Kelab mereka. selalunya ia  menjadi tumpuan bagi jurulatih mencari pemain baru untuk musim hadapan.


3. Menyokong Pasukan kegemaran .

Ambil peluang ini untuk menyokong pasukan kegemaran anda. Walaupun Malaysia tidak masuk Euro, aku yakin ramai yang meminati pasukan-pasukan eropah kerana majoriti rakyat Malaysia menonton bola sepak global berbanding bola sepak tempatan. jadi apa salah nya kita memilih untuk memberi sokongan kepada pasukan yang bertanding.

Peringatan buat Penonton Euro 2016 !

Tahun ini Euro 2016 akan berlangsung pada bulan Ramadhan, jadi gunakanlah masa yang sebaiknya terutamanya ketika menonton perlawanan Bola sepak. Kalau anda mampu berjaga malam kerana menonton bola, apa salahnya ambil masa 5 minit untuk duduk di tikar sejadah solat tahajud di bulan ramadhan, pahalanya berlipat kali ganda . jangan sia-siakan ramadhan anda kerana sebijik bola.

Kejar bola pada masa yang sama Ramadhan tidak tercicir.

sekian.





Post a Comment

Previous Post Next Post