SEKSANYA TIADA INTERNET !

HIKMAH TIADA INTERNET I Hampir 3 minggu internet rumah aku problem , bukan tak ada langsung cuma slow dari biasa. Nak tahu level slow dia macam mana ? gambar-gambar dekat facebook pun tak leh nak loading. ermm. sedih jugak lah, bila kita terpaksa meninggalkan media sosial buat sementara waktu. hakikatnya, kita ni susah nak lari dari internet. bangun pagi ja, terus cari internet. sebelum tidoq, pun cari internet. malam masa tidoq pun mimpi internet. hahaha


HIKMAH TIADA INTERNET

Pendek kata, kalau tak ada internet boleh terseksa jiwa dan raga. Namun , kita kena juga cari cara lain untuk menghiburkan diri bila internet tak ada. aku pun dah malas nak fikir internet aku yang slow ni. bila nak okay balik pun tak tau lah. dah masuk minggu ke 3 dah. dok macam tu jer.

Sebenarnya  banyak benda yang kita boleh buat bila tiada internet, antaranya kita boleh mengeratkan hubungan silaturahim dengan ahli keluarga, keluar ke tempat shopping habis kan duit, boleh habiskan bahan bacaan yang kita tertinggal sebelum-sebelum ini. tetapi semua perkara yang aku sebutkan itu amat susat untuk di lakukan kalau ada internet. mana tak nya 24 jam mengadap internet je keje kan.

Hikmah kalau tak ada internet , kita lebih menghargai orang di sekeliling kita. Selalu kita akan hanya tengok phone 24 jam, tetapi bila tiada internet kita akan tengok orang tersayang kita 24 jam. hebatkan kuasa bila tiada internet.

Akhir sekali, internet bukan lagi kehendak tetapi ia keperluan untuk kita. tetapi gunakanlah keperluan ini dengan sebaik-baiknya agar kita tidak menyesal di kemudian hari.

sekian.

0 comment... add one now