SINOPSIS DRAMA SEINDAH TAKDIR CINTA .

SINOPSIS DRAMA SEINDAH TAKDIR CINTA I Drama Seindah takdir Cinta ini akan mula ditayangkan pada 25 mei 2016 menggantikan drama Duda terlajak Laris yang akan menamatkan siarannya pada 24 mei 2016 . Drama Seindah takdir Cinta ini akan di bintangi oleh Saharul Ridzwan dan juga Amyra Rosli .Berikut merupakan Sinopsis Drama Seindah Takdir Cinta .

SINOPSIS DRAMA SEINDAH TAKDIR CINTA .


SINOPSIS DRAMA SEINDAH TAKDIR CINTA.

Dato Kamal dan Datin Mariam mempunyai seorang anak gadi bernama Mia Karmila . Mereka membahagiakan Mia dengan kemewahan hidup sehinggakan dia hidup dengan kemodenan dan bersosial .Tanpa diduga, hidup Mia berubah setelah berjumpa dengan seorang pemandu teksi bernama Shahriman . Perubahan ketara selepas bertemu dengan Shahriman adalah Mia yang asalnya seorang yang sosial berubah menjadi seorang muslimah sejati .

Seorang lelaki bernama Adrian begitu meminati Mia. Dia sanggup berusaha dengan pelbagai cara, agar Mia menjadi miliknya . Dia juga sanggup memenuhi pelbagai syarat yang di tetapkan oleh Mia asalkan dia dapat menjadikan Mia sebagai Isterinya . Permintaan atau kehendak Adrian menjadi lebih mudah apabila kedua-dua ibu bapa kedua-dua belah pihak seperti merestui dan menggalakan hubungan mereka .

Namun, Mia sudah mula menyukai dan mencintai Shahriman . Pelbagai Syarat di letakkan kepada Adrian untuk menggagalkan niatnya menikahi Mia . Namun semua syarat tersebut berjaya di penuhi oleh Adrian. Akhirnya mereka berkahwin juga. Selepas berkahwin, Adrian di masukkan ke Hospital setelah di nikahkan. Mia yang sedar tanggungjawabnya sebagai seorang isteri mula meninggalkan shahriman dari hidupnya.

Mia Tekad untuk menjadi Isteri Solehah kepada Suaminya . Namun pada masa yang sama Shahriman mula rapat dengan keluarga Adrian .Hal ini menyebabkan mereka sering bertentang mata . Apakah tujuan Shahriman sebenarnya ? dan siapakah Shahriman ? adakah  Mia mampu menidakkan perasaannya terhadap Shahriman selepas itu ?

Jangan lupa Saksikan Drama Seindah Takdir Cinta di Tv 3 mulai 25 Mei 2016 .

sekian.

Senarai Pelakon Drama Seindah Takdir Cinta .


Post a Comment

Previous Post Next Post