PERLUKAH KITA BERMUSUH ANTARA GOLONGAN VAKSIN DAN ANTIVAKSIN ?

GOLONGAN ANTI VAKSIN DAN GOLONGAN VAKSIN | Kali ini, aku nak bercakap mengenai dua golongan yang tengah kuat bergaduh di media sosial hari ini. Dua golongan tersebut adalah golongan vaksin dan golongan anti vaksin . Entri yang aku tulis ini pula tiada kaitan sama ada korang nak vaksin atau tidak . bukan juga berkisar mengenai pendapat aku nak vaksin atau tidak. sebaliknya entri kali ini aku khususkan untuk dua golongan yang sedang bergaduh ini supaya kembali berpijak kepada bumi yang nyata .

GOLONGAN ANTI VAKSIN DAN GOLONGAN VAKSIN

Berbalik kepada tajuk Entri aku ini " Perlukah kita bermusuh antara golongan vaksin dan juga golongan anti-vaksin ? " . Persoalan ini timbul apabila aku lihat satu post dari Beautifull nara berkaitan golongan vaksin ini .



Aku secara personalnya tidak bersetuju dengan kenyataan abang nara ni. Sebabnya bait ayat yang di tulis itu seperti bertujuan untuk menimbulkan permusuhan antara kedua-dua belah pihak. Kita kena ingat hak ber vaksin atau tidak adalah hak kedua ibu dan bapa , terpulang kepada mereka yang menentukan anak mereka .

Kenapa kita perlu bermusuh dengan golongan anti vaksin ? sebenarnya ,tidak perlu pun bermusuh-musuhan antara satu sama lain . hormatlah pendapat masing-masing dan masing-masing punya hak untuk menyampaikan pendapat masing-masing . jika pilihan mereka sedemikian, maka kita hormatilah .

kalau golongan bervaksin risau anak mereka terjejas atau menghidap penyakit jika golongan anti vaksin ini tidak memvaksinkan anak mereka . carilah protection atau langkah berjaga yang lain sebagai langkah pencegahan . Bukan mencari jalan mudah dengan menimbulkan permusuhan antara satu sama lain.

Untuk golongan anti vaksin pula, aku nasihatkan, lihat lah situasi masyarakat sekeliling. andai ada penyakit memudaratkan sehingga melibatkan nyawa . apa salahnya kita melakukan penjagaan dan rawatan dengan mengambil vaksin. Jika anda bimbang mengenai fatwa mahupun hukum bervaksin , ulama dah gariskan panduan untuk anda . Boleh rujuk Link ini - http://www.sinarharian.com.my/nasional/jenis-vaksin-dan-keputusan-majlis-fatwa-kebangsaan-1.536943 .

Wahai masyarakat melayu, tak payahlah bergaduh sesama saudara seandainya kita berbeza pendapat dalam satu isu. Letak dalam minda, silaturahim itulah yang utama . isu kecil seperti ini perlu di kendalikan dengan baik . tidak perlu menimbulkan permusuhan. aku bimbang, bukan kerana dosa tidak mengambil vaksin yang korang perjuangkan itu yang di hitung tetapi dosa memutuskan silaturahim yang di kira.

Nauzubillah .

Semoga kita sentiasa di dalam rahmat Allah .

Sekian .

ENTRI INI ADALAH PENDAPAT PERIBADI PENULIS, ANDA BOLEH TERIMA DAN JUGA BOLEH MENOLAK.

1 comment... add one now

yaya cendana yaya cendana June 30, 2016 at 8:46 AM
selamat hari raya..maaf zahir dan batin ye ..esok yaya balek kampung da..doakan ye...