KENAPA RAMAI TAK SUKA DENGAN USTAZ DAN USTAZAH ?

KENAPA RAMAI TAK SUKA DENGAN USTAZ DAN USTAZAH ? | Saya terdengar mengenai beberapa cerita yang keluar di media sosial mengenai golongan agamawan yang melakukan sesuatu kesalahan dan akhirnya mereka di kecam di media sosial . Isu nampak kecil,tetapi isu ini perlu di selesaikan dengan segera sebelum ia merebak . Kenapa masyarakat hilang respect dengan golongan agamawan yang bermasalah ini ?

Ustaz dan ustazah

Sebelum saya cerita panjang ( baca = pendek ) . saya nak pastikan kita yang mengulas atau meluahkan rasa tidak puasa hati terhadap golongan agamawan yang buat masalah ini supaya fikir banyak kali . Mereka juga manusia seperti kita, kenapa kita perlu mengutuk profesion atau kerjaya mereka kerana kesalahan mereka ? yang keduanya, kenapa hanya dengan pengalaman kita yang sekali itu membuatkan kita serik dengan golongan agama ? adakah mereka tidak punya peluang untuk berubah ?

Saya secara jujurnya kurang enak bila dengar orang dok kutuk orang agama dengan alasan-alasan mudah .Contohnya, seorang ustaz curang dengan isterinya . yang dipersalahkan adalah ustaz . belajar agama tinggi2 tapi curang . itu yang di luahkan oleh masyarakat kita. sebaliknya fikirlah, manusia tidak maksum, manusia ada dosa yang di lakukan. kalau dia mohon maaf, orang akan maafkan. tetapi usahlah kita boikot atau anti semua golongan agamawan di sebabkan kesalahan yang di lakukan oleh seorang sahaja dari kalangan mereka .

Kita nak kenal tuhan, kita perlukan ahli agama yang baik dan di percayai . jangan sampai kita hilang percaya dengan ustaz atau ustazah sehinggakan kita tidak mencari tuhan . Bagi golongan agama, Tugas kalian cukup berat. tugas kalian sentiasa menjadi caci makian orang ramai . sebab apa ? sebab tugas kalian menyampaikan agama. Semoga apa yang susah payah kalian mendidik kami yang jauh dari agama ini di berkati oelh Allah. elakkan dari berlaku fitnah ke atas kalian. kerana saya bimbang,fitnah ke atas kalian menyebabkan fitnah terhadap agama.

Bagi anda yang bukan ahli agama, hormatlah ahli agama seperti mana anda ingin orang lain hormat anda. Mohon maaf atas teguran dan pandangan ini. saya bukanlah yang terbaik untuk menegur. hanya secebis pandangan untuk di kongsikan.

Sekian.

**ini pandangan peribadi penulis sahaja, boleh terima dan boleh tolak.
loading...

1 comment... add one now

Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip July 15, 2016 at 10:41 PM
skurang2nya diorang tu penuh ilmu dan menyebarkan untuk agama.. kita ? huurm.. amek saja jalan mudah. diam daripada mengeluarkan kata yang entah apa2..