PEREMPUAN USHA LELAKI HENSEM BOLEH, LELAKI USHA PEREMPUAN CANTIK TAK BOLEH ?

PEREMPUAN USHA LELAKI HENSEM BOLEH, LELAKI USHA PEREMPUAN CANTIK TAK BOLEH ? || Nampak tak, betapa panjangnya tajuk entri aku kali ini. hehehe baik , baru-baru ini viral kisah Nasi Lemak Anak Dara di media sosial dan akhbar . Hampir semua bercerita mengenai nasi lemak anak dara ini sehinggakan menimbul rasa kurang selesa bagi kaum hawa yang menganggap ia sebagai satu benda yang annoying. Aku tertanya-tanya, adakah sebab perempuan yang jual tu cantik dan lawa atau ada sebab lain yang menyebabkan orang perempuan rasa tak selesa .


NASI LEMAK ANAK DARA


aku tak marah pun  kalau korang nak berpendapat sedemikian , tak salah pun . tapi aku ni terimbau sewaktu seorang doktor lelaki kacak yang viral di facebook sebelum ini yang mendapat perhatian ramai orang perempuan. sampai ada yang tag suami lah Boyfriend dan sebagainya . masa tu tak nampak pulak kaum lelaki nak rasa annoying dengan doktor tu lak.

orang laki rileks je walaupun ada yang annoying dengan orang perempuan yang tergila-gilakan lelaki kacak . tetapi lelaki ni sifat dia cool ja. tak kisah pun orang lain hensem dari dia ke tidak . dan aku rasa orang perempuan kontra dengan lelaki untuk bab itu kan. maksudnya kaum perempuan tidak selesa dengan perempuan yang lebih cantik dari dia ? betul ke ? korang komen dekat bawah ya.

Aku akui ramai gila lelaki yang beratur panjang untuk membeli nasi lemak anak dara tu . tapi bagi aku bukan salah orang yang berniaga . betul tak ? sebelum viral, dia memang dah berniaga dekat situ pun . jadi siapa yang salah ni sekarang ni ? pendek kata, kita berbalik kepada islam , islam cakap lelaki dan perempuan tundukkan pandangan dan elakkan dari buat maksiat .

Jadi kedua-duanya kena berjaga sama ada lelaki tengok perempuan atau perempuan tengok lelaki. kalau dah kawin tu buat cara dah berkahwin ya. jangan sibuk dok mengorat ja, jaga keluarga sama tau. itu sahaja nasihat aku. entah apa yang aku tulis, harap korang fahamlah kan. jaga akhlak kita sesama manusia , semoga kita berbahagia hidup dalam bermasyarakat .

Sekian.

Aku rasa ramai beratur tu sebab kedai dia viral itu sahaja. banyak dah kedai yang viral sebelum dan pelanggan mereka memang beratur panjang. rezeki mereka kan. jadi kaum hawa, jangan risau ya. hehe sambil2 tu tengok suami masing2 kot ada yang terlepas ke. haha melawak je ya .


loading...

0 comment... add one now