SELAMAT TINGGAL 2016 !

SELAMAT TINGGAL 2016 ! || Tahun 2016 merupakan tahun yang mempunyai pelbagai kenangan indah mahupun kenangan pahit. Pasti ramai yang menantikan 2017 kerana ingin melangsaikan apa yang di tinggalkan pada tahun 2016. Namun, pernah tak kita terfikir yang 2017 juga merupakan hari-hari yang sama macam tahun 2016 . Mungkin sesetengah dari kita menganggap ia tahun baru dan merupakan fasa baru. tetapi kenapa kita tak ingat yang setiap hari juga merupakan hari yang baru.

hahaha

SELAMAT TINGGAL 2016 !

mesti korang tengah pening dengan apa yang aku katakan. maksud aku adalah kenapa sibuk nak tunggu 2017 untuk berubah sedangkan kita masih pada tahun 2016 . Kenapa kena tunggu, ubah lah sekarang . itu point aku. sebab bagi aku kalau kita tunggu, bermaksud kita ada kemungkinan untuk meninggalkan apa yang kita rancang tersebut.

Memasuki tahun 2017 , ada di antara kita yang bersiap sedia untuk melangsaikan impian dan cita-cita yang belum sempat di laksanakan sepanjang tahun 2016 .Semoga segala impian kita dapat di tunaikan dan di capai.

Tahun 2016 , penuh dengan kenangan indah di mana pelbagai kejayaan diri kita telah di capai. Macam aku, ada target aku yang aku capai sepanjang tahun 2016 dan ada juga yang belum sempat aku capai. yang tak sempat capai tu, macam korang jugalah , bawa ke tahun hadapan. sebab nak buat sekarang pun , ia makan masa.

Tahun 2016, kenangan pahit juga banyak . pelbagai penindasan terhadap ummat Islam di seluruh dunia tetapi masyarakat dunia terus menyepi. Sedangkan bila bukan islam di cederakan ramai yang bangun dan membantah tindakan tersebut. Aku yakin Islam pasti akan menang .

Tahun 2016 aku boleh katakan ia sebagai tahun gajet ! Pelbagai jenama dan reka bentuk terkini gajet telah di keluarkan sepanjang tahun 2016 . Dijangkakan pada tahun 2017 akan lebih osem dan lebih menarik . Korang nak tengok tak, gajet trending tahun 2016 ? 
Aku tahu dan yakin ,setiap dari kita ada target untuk di capai. teruskan usaha dan jangan putus asa. semoga Allah permudahkan rezeki kalian dan rezeki aku sepanjang hidup kita. doakan perkara yang baik-baik sahaja tau.

Sekian.

إرسال تعليق

أحدث أقدم