SELEPAS BUNTAT, KINI PAK SAMAD PULA TRENDING !

SELEPAS BUNTAT, KINI PAK SAMAD PULA TRENDING ! ||  Selepas watak buntat menjadi sebutan ramai di media sosial, kini satu lagi watak dalam drama 7 hari mencintaimu iaitu watak pak samad semakin menjadi sebutan ramai. Pada awalnya watak ini tidak nampak sangat , akan tetapi ia ada kekuatan tersendiri bila plot cerita makin meningkat. Pasti ramai yang bertanya siapa pak samad dalam Drama 7 Hari Mencintaimu ?


 siapa pak samad dalam Drama 7 Hari Mencintaimu ?


Pak samad atau nama sebenarnya adalah Aman Graseka. Bagi yang mengikuti perkembangan industri seni tanah air sejak dahulu.Pasti anda mengenali siapa Aman Graseka ini. Beliau seorang pelakon yang kacak pada zamannya sebaris dengan faizal husin dan ramai lagi artis lain. Kira macam fattah amin zaman diorang dulu ni. hehe

Kini Aman Graseka membawa watak seorang ayah mertua kepada Mia Ariana dalam drama 7 hari mencintaimu . Watak yang sememangnya hidup dengan nilai kasih seorang ayah kepada anak dan keluarganya. Ramai yang memuji watak pak samad kerana tegas dengan Mak leha. dan sudah pasti dialog popular yang akan di ingati adalah " Khuzairi dapat bini baru, jangan sampai kamu hilang suami "

Ayat yang di tuju kepada mak leha yang acap kali memarahi menantu mereka. Selain itu, sifat marah yang melampau dalam drama ini menjadikan ia sesuatu yang kelakar. Mana tidak nya apabila pak samad menjerit, satu rumah terkejut dek kerana dia tak bagi signal dulu. hehe

Semoga Allah murahkan rezeki pak samad lepas ini. jadi, dah tahukan siapa Pak samad dalam drama 7 hari mencintaimu. jadi tunggu apa lagi ?  jom share entri ini kepada kawan-kawan lain. semoga lepas ini kita akan mengingati watak ini.

Sekian.

0 comment... add one now