HARAP MEMBER TAK BUAT PERANGAI MACAM NI PADA 2017 !

Memasuki tahun 2017 , mesti ramai yang nak tengok sesuatu yang lain dari yang lain berlaku dalam kehidupan kita. aku pula rasa nak lihat satu benda yang menarik dalam tahun 2017 ni . apa dia ? Aku nak tengok perangai member aku berubah menjadi lebih baik macam aku. hahaha
HARAP MEMBER TAK BUAT PERANGAI MACAM NI PADA 2017 !


Sebelum ini lambat masuk kelas, aku nak sekarang mereka rajin masuk kelas awal. selalu lambat bila kumpul ramai-ramai masa lepak. sekarang aku nak mereka awal. tapi kan bukan bena tu sahaja yang aku harapkan mereka berubah. ada 5 perkara yang aku dah setuju dengan apa yang penulis blog ini kongsikan. kelima-liama tu kalau mereka berubah. fuhh memang terbaik laah !

Dalam 5  perkara yang aku harap member aku tak buat dalam tahun 2017 tu aku paling suka yang number 2. " On the way ! " itulah perangai member aku sejak dulu sampai sekarang. perkatan on the way tu lah yang dia guna sampai sekarang tak muncul-muncul dah.

Aku yakin kawan-kawan korang pun pernah buat yang number satu dan dua kan. kalau tak percaya, korang kena baca pautan yang aku kongsikan tu. barulah kita tahu kawan kita pernah buat macam tu atau tidak . betul tak ?

2017 merupakan tahun cabaran buat kita semua , semoga ia tidak mencabar kesabaran kita dengan perangai kawan-kawan yang aku sebutkan dan apa yang aku kongsikan dengan korang. Semoga 2017 merupakan tahun terbaik untuk kita semua. Selamat tahun baru !

Sekian .

Post a Comment

Previous Post Next Post