BETUL KE KITA JAGA JODOH ORANG LAIN?

BETUL KE KITA JAGA JODOH ORANG LAIN? • Jodoh dan pertemuan merupakan ketetapan Allah kepada kita . Ramai di antara kita menemui jodoh ketika muda . ada juga yang menemui jodoh mereka ketika mereka sudah dewasa . ia bergantung kepada ketentuan Allah kepada kita. Kita hanya mampu berusaha mencari dan melakukan langkah-langkah seterusnya .
BETUL KE KITA JAGA JODOH ORANG LAIN?

Persoalan Timbul , Betul ke kita jaga jodoh orang lain ? . soalan ini kerap kali timbul di facebook apabila ada seorang lelaki atau perempuan yang bercouple tetapi pasangan nya itu berkahwin dengan orang lain. jadi untuk menyedapkan hati mereka , mereka mengatakan " aku jaga jodoh orang lain rupanya " .

Betul kah statement tu ?

Bagi aku , kalau orang yang kita suka berkahwin dengan orang lain bukan lah istillahnya kita menjaga jodoh orang lain sebaliknya kita yang salah dalam memilih pasangan sebelum kita menamatkan zaman bujang kita .

Bayangkan ,kalau kita jaga jodoh orang lain . bagaimana keadaan jodoh kita ? adakah lelaki lain atau perempuan lain yang menjaga dia seperti mana kita jaga jodoh orang lain ? . kita usung anak perempuan orang ke sana ke mari tanpa ikatan yang sah . adakah orang yang menjaga jodoh kita juga membawa jodoh kita itu ke sana dan kemari tanpa ikatan yang sah ?

Fikir-fikirkan lah. sudahlah mencari pasangan yang salah , islam ada cara untuk membantu kita dalam memastikan pasangan yang kita pilih itu betul-betul tepat untuk kita. caranya adalah dengan istikharah.

Cara elak dari jaga jodoh orang lain ?

ada orang tanya kenapa istikharah aku selalu tak jadi . jawapannya mungkin hubungan kita dengan Allah ada masalah . kita hanya ingat Allah bila kita rasa susah sahaja mungkin . untuk memastikan istkharah kita betul-betul menjadi . kita kena perbetulkan dulu hubungan dengan Allah agar pasangan yang kita pilih nanti adalah pasangan yang di redha oleh allah .

Jadi, lepas ni tak da lagi istillah kita jaga jodoh orang lain berlegar dalam fikiran kita. kita nak elakkan maksiat berlaku dalam kalangan kita dan pasangan kita. elakkan lah keluar berdua-duaan walaupun di izinkan keluarga kerana ia pasti mengundang fitnah dari orang luar . kalau nak pastikan jodoh kita di jaga rapi, kita kena jaga diri kita terlebih dahulu. tak perlu jaga jodoh orang lain.

Sekian .

0 comment... add one now