SINOPSIS DRAMA PINGGAN TAK RETAK NASI TAK DINGIN

Sinopsis drama pinggan tak retak nasi tak dingin
Sinopsis drama pinggan tak retak nasi tak dingin

Sinopsis drama pinggan tak retak nasi tak dingin. Drama baru yang menggantikan drama Ku Kirim Cinta ini bertajuk Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin. Drama ini di barisi oleh pelakon seperti Idris Khan, Azrel Ismail, Raysha Rizrose dan ramai lagi.

Drama ini akan mula di tayangkan pada 10-7-2017 , jadi mesti ramai yang nak tahu jalan cerita drama ni kan.

SINOPSIS DRAMA PINGGAN TAK RETAK NASI TAK DINGIN



Kisah mengenai seorang wanita bernama yuhanis yang terpaksa berkahwin dengan orang lain di sebabkan oleh tunangnya Nizam tidak mahu berkahwin dengannya. kerana bimbang di tanggung malu, dia memaksa Mizan iaitu abang kepada Nizam untuk menikahinya.

Mizan pula masih trauma dengan perceraiannya dengan isteri 2 tahun dahulu membuatkan dia menolak permintaan Yuhanis. Namun , setelah berbincang dan persetujuan yang di capai yang mana pernikahan mereka ini hanya bersifat sementara sahaja, maka Mizan pun bersetuju.

Maka bermulalah bahtera yang di bina tanpa sengaja ini. Akhirnya hati mereka berputik rasa cinta. kata-kata yang selama ini bermain di fikiran mereka iaitu perkahwinan sementara menjadi sebuah mimpi indah.

sehinggalah tunang yuhanis dan juga bekas isteri Mizan kembali menuntut pasangan mereka. maka berlaku lah pergolakkan di antara mereka. Adakah Mizan berjaya menajga cinta yuhanis atau sebaliknya ?

Jangan lupa saksikan drama ini di tv 3.

Jom kongsikan Sinopsis Drama Pinggan tak Retak Nasi Tak Dingin ini dengan rakan-rakan lain. Jangan lupa tengok tau. Mesti banyak main air mata drama ni hehe. korang rasa macam mana ?

ENTRI Sebelum - Sinopsis Drama Mencintaimu Mr Photographer .

0 comment... add one now