Sinopsis Drama Awak Suka Saya Tak (Astro)

Sinopsis Drama Awak Suka Saya Tak. Drama ini akan ditayangkan tidak lama lagi di Astro. Cumanya tarikh tayangan dia, aku tak dapat nak Konfemkan. jadi nanti aku update semula tarikh dia ya.( kemaskini : 25 september 2017 ) apa sinopsis drama awak suka saya tak ? hehe sebelum tu, jom kita kenal sikit dua peneraju utama drama ini adalah Emma Maembong dan juga Alvin Chong.

Tak silap aku, gandingan mereka ini adalah gandingan pertama kali sebagai pelakon utama kan. Alvin chong semakin mendapat pilihan untuk menerajui drama tanah air kan. oh ya, pasal Sinopsis Drama Awak Suka Saya Tak, korang boleh baca sinopsis tersebut di bahagian bawah ini ya.



Sinopsis Drama Awak Suka Saya Tak (Astro)



Sinopsis Drama Awak Suka Saya Tak


Drama awak suka saya tak ini mengisahkan tentang Hilman yong yang menyukai seorang wanita yang bernama Intan. Pertemuan kali pertama di sebuah restoran menyebabkan Hilman jatuh cinta dengan intan. percubaan pertamanya gagal apabila Intan menolak cinta Hilman Yong.

Masa begitu cepat berlalu, hilman yong dipertemukan kembali dengan Intan. sejak itu hubungan mereka kembali serius. tetapi ada kisah sedih pula berlaku. Hilman terlibat dalam sebuah kemalangan dan lupa ingatan. Intan pula selepas itu, tidak jemu-jemu mengingatkan hilman mengenai agamanya kerana hilman baru sahaja memeluk islam beberapa tahun sebelum itu.

Apa yang terjadi pada hilman dan intan ? adakah cinta mereka akan berputih ?

--

Nantikan drama ini yang akan ditayangkan tidak lama lagi. harap Sinopsis Drama Awak Suka Saya Tak ini membantu korang memahami jalan cerita drama ini. tak sabar nak tengok emma maembong berlakon dengan alvin kan.


Post a Comment

Previous Post Next Post