Sinopsis Drama Duda Pujaan Dara

Sinopsis Drama Duda Pujaan Dara. Drama baru menggantikan drama My Darling Inspektor Daniel yang selesai tayangannya sebelum ini adalah drama duda pujaan dara. Drama ini dibintangi oleh Kamal Adli, Zahirah MacWilson dan Aprena Manrose sebagai peneraju utama.

Mesti ramai nak tengok gandingan kamal adli dengan zahirah Macwilson kan. hehe macam manalah kamal adli jadi orang yang serius dan tak pandai nak romantik-romantik ni . hehe korang ada ke kawan perempuan yang suka dengan duda ( lelaki yang sudah berkahwin tetapi kematian isteri atau berlaku perceraian dengan isteri dahulu) ? kalau ada suruh dia tengok drama ni tau.


Sinopsis Drama Duda Pujaan Dara
Sinopsis Drama Duda Pujaan Dara


Sinopsis Drama Duda Pujaan Dara


Ia mengisahkan seorang wanita yang belum berkahwin meminati seorang duda untuk di jadikan suami. Ainee Marwah sangat meminati duda untuk menjadi suaminya kerana baginya duda mempunyai banyak pengalaman. Ainee berminat dengan Tengku Razeen yang juga merupakan bosnya.

Razeen merupakan seorang duda dan mempunyai seorang anak. Dia juga ingin mencari pengganti untuk menjadi ibu kepada anaknya. Ainee melakukan segala-galanya bagi memastikan Razeen menjadi miliknya.

Namun, Razeen meminati Dora. Selepas bermacam cara, satu hari razeen masuk meminang Ainee. apa lagi bukan main terkejut Ainee. Impian dia menjadi kenyataan.

Baginya kawin dengan seorang duda merupakan kerja mudah. tapi sebenarnya sangat susah. Namun , ainee tetap melakukan tanggungjawabnya sebagai isteri kepada suaminya. satu lagi masalah ainee adalah suaminya itu tak romantik. huh ?

apa yang jadi kepada rumah tangga ainee dan razeen ? korang mesti kena tengok aksi mereka dalam drama duda pujaan dara yang akan mula tayangannya pada hari ini 4 september 2017 tau. stay tuned dan enjoy !

Entri Sebelum - Sinopsis Drama Meh Sandar Lagi .

loading...

0 comment... add one now