Sinopsis Drama Mr Hijab TV3

Drama Mr Hijab yang akan mula di tayangkan pada 17 oktober ini akan bersiaran di tv 3. Sinopsis drama mr hijab adalah berkisar tentang seorang usahawan yang berniaga tudung. Sharnaaz ahmad dan Nabila huda antara pelakon yang membintangi drama ini. lama weh tak tengok sharnaaz berlakon. hehehe

Selain itu, Hafiz hamidun turut membintangi drama mr hijab ini sebagai ustaz syamiel. rasanya ini kali pertama dia berlakon drama kan. kalau ada sebelum ini maaf ya, aku tak perasan lak . hehehe

Sinopsis Drama Mr Hijab TV3

Sinopsis Drama Mr Hijab  TV 3


Untuk drama MR HIJAB ini, sinopsis dia mengenai kisah Fazira lakonan Nabila huda yang merupakan seorang model dan juga usahawan tudung. Rem pula merupakan lakonan sharnaaz ahmad yang menjadi tarikan untuk orang ramai ke kedai fazira.

kenapa ?

kerana rem pandai menggayakan tudung yang ada di kedai tersebut. fazira pula membuat keputusan untuk membuka butik setelah berkahwin dengan ustaz syamiel lakonan hafiz hamidun.

di sebabkan si fazira ni fames, ramailah yang nak jadi vendor untuk kedai dia. fazira pun suka sebab boleh naikkan imej dia kan. tetapi masalah mula berlaku di sini.

antara yang menawarkan diri untuk jadi vendor adalah bienda lakonan shikin kamal iaitu seorang penjual pakaian muslimah di atas talian yang terkenal, datin lela lakonan didie alias yang merupakan pengusaha butik serta seorang pelakon bernama luna lakonan wan sharmila.

datin lela dan bienda tidak sefahaman. ada ja yang depa nak berdebat dan gaduh. fuhhh boleh pening kepala fazira tu weh.

Sinopsis Drama Mr Hijab TV3
Sinopsis Drama Mr Hijab TV3

agak-agak korang apa yang jadi kepada Rem dan Fazira selepas itu? Rem pula cadangkan mak dia untuk masuk join vendor sama. lagi kusut lah lepas tu. hahaha

apa yang jadi dekat fazira pula lepas ni ? korang kena tengok drama Mr hijab ini di tv 3.


Waktu siaran untuk drama melayu ini adalah pada jam 6.30 . drama ini akan menggantikan drama ahli mesyuarat tingkat yang dah habis siaran ulangan mereka semalam. apa-apa pun selamat menonton. mesti lawak lah cerita ni .

Post a Comment

Previous Post Next Post