Sinopsis Filem Bisik Pada Langit

Hai, mesti ramai yang dah tengok filem yang bisik tu. hehe bisik pada langit lah. haha bagi yan belum tengok lagi mesti korang dah baca review mengenai filem ini yang dibarisi oleh pelakon hebat seperti Ummi Nazeera, Jalil Hamid serta ramai lagi artis yang hebat belaka. Ramai yang cakap jalan cerita atau sinopsis bisik pada langit ni best dan menarik.

apa yang aku perhatikan, filem ini berkisar mengenai kekeluargaan yang mana kasih seorang ayah kepada anak perempuannya. kalau korang tak tahu lagi bagaimana jalan cerita filem ini. boleh baca dibawah.

Sinopsis Filem Bisik Pada Langit
Sinopsis Filem Bisik Pada Langit

Sinopsis Filem Bisik Pada Langit

Sinopsis filem ini mengisahkan tentang seorang ayah yang sayangkan anak perempuannya sehinggakan anak-anak yang lain rasa cemburu dengan sikap si ayah. Wak selamat merupakan seorang ayah kepada 3 orang anaknya yang terdiri dari seorang perempuan dan 2 orang lelaki.

Siti Hajar merupakan anak perempuan pertama dan terakhir dalam keluarga tersebut. jadi segala kehendaknya dituruti oleh ayahnya. Hajar mendapat tawaran untuk sambung belajar di perth australia. dengan berat hati wak selamat mengizinkan dia pergi kerana memang cita-cita siti hajar untuk menyambung pelajarannya di sana.

Di Australia, hajar terlibat dalam kemalangan motosikal kuasa besar. keluarga nya tidak senang duduk dengan berita itu. wak selamat ingin ke sana namun kekurangan dari segi kewangan banyak membantutkan usahanya ke sana. Dia juga telah menggadaikan tanah yang ada semata-mata untuk kesana.

adakah wak selamat berjaya berjumpa dengan anaknya di Australia ataupunn mereka menunggu hajar pulang ? itu korang kena tengok lah dalam filem bisik pada langit di pawagam tau. hehehe

Ramai yang suka dengan drama karya kabir bahtia ini. jarang kita tengok filem kekeluargaan ini di ketengahkan dalam filem. aku harap korang sukalah dengan perkongsian aku mengenai Sinopsis Filem Bisik Pada Langit ini dan jangan lupa tengok filem ini di pawagam tau .

loading...

0 comment... add one now