Sinopsis Drama Lelaki itu Pemilik Hatiku ( TV3)

Tak lama lagi, Lelaki itu pemilik hatiku akan mula bersiaran di tv 3. sinopsis drama ini adalah berkaitan seorang playboy yang kaya cuba memikat hati gadis kampung. ia di lakonkan oleh Raja Afiq, Puteri Aishah dan ramai lagi.

Drama adaptasi novel Mr Hot Guy ini sekali lagi di katakan mampu menjadi tarikan untuk menarik penonton untuk menonton drama yang di arahkan oleh Zul Huzaimy ini. makin banyak drama arahan zul kan. tahniah dengan pencapaian ini.

Sinopsis Drama Lelaki itu Pemilik Hatiku ( TV3)


Sinopsis Drama Lelaki itu Pemilik Hatiku ( TV3) 


Drama ini merupakan kisah seorang lelaki bernama Luqman Hakimi atau lebih selesa di panggil luke. dia mempunyai seorang kekasih bernama andrea yang tidak gemar dengan perwatakan luke yang bagi tidak serius dalam perhubungan mereka.

Luke di cabar oleh Andrea untuk mengorat Nurin seorang peniaga kedai cenderahati. Nurin cukup pantang dengan lelaki kaya . nak berhubungan sudah pasti tidak katanya.

Luke pula seorang lelaki kaya dan berharta, bagi dia nak mengorat si nurin yang miskin tidak berharta ini pasti mudah jika di umpan dengan duit. tapi sebenarnya tidak. Susah sungguh nak mengorat gadis kampung ini.

pelbagai kaedah yang dilakukan untuk mengorat cik adik sayang panggilan kepada nurin. namun tidak berhasil sehinggalah dia menggunakan kaedah Sleep  tight sehingga dia di benci oleh nurin.

bila nurin semakin tidak suka dengan dia, dia pula makin suka pada nurin. akhirnya dia terpaksa akur yang nurin telah memilih jejaka lain sebagai teman hidupnya.

tetapi ada plot twist di hujung cerita. kalau korang nak tahu, kenalah tengok drama ni di tv 3 tau !



إرسال تعليق

أحدث أقدم