Sinopsis Drama My Coffee Prince Lakonan Fattah Amin dan Janna Nick

Drama My Coffee Prince ( Malaysia ) akan mula menemui peminat mulai minggu depan. Drama adaptasi dari drama korea bertajuk COFFEE PRINCE ini akan dibintangi oleh pelakon-pelakon seperti Fattah Amin dan Janna Nick. gandingan mereka berdua ini dinantikan peminat tau. hehehe

Sinopsis Drama My Coffee Prince


 ' Drama ini mengisahkan tentang seorang perempuan yang menyamar sebagai lelaki untuk mencari kerja. '

Sinopsis Drama My Coffee Prince Lakonan Fattah Amin dan Janna Nick



... kalau ikutkan drama korea, perempuan tu adalah seorang tomboi. dia terpaksa menjadi lelaki untuk mendapatkan pekerjaan bagi menyara keluarganya. dari situ dia bertemu dengan seorang lelaki kaya.

lelaki kaya( Han Kyeol) [ watak drama malaysia adalah fattah amin ] ini bertemu dengan perempuan tomboi( Eun Chan) ( watak drama malaysia adalah Janna Nick ) itu buat kali pertama ketika toboi tersebut menghantar makanan ke rumah lelaki kaya tersebut.

namun tak jadi apa-apa ketika ini.

pertemuan kedua adalah bila mereka bertemu ketika berlaku kecurian. masa ni, lelaki kaya yang namanya Han Kyeol ini menyangka gadis tomboi bernama Eun Chan terlibat sama dengan kes kecurian tersebut kerana eun chan mengenali siapa pencuri tersebut.

Han kyeol mempunyai kisah cinta yang tersendiri , namun tidak kesampaian.


korang nak tahu bila yang dia jadi coffe prince ni ?
hahaha

meh sini aku cerita ,

....satu hari nenek dia bagi amanat terakhir kepada dia untuk menguruskan kedai kopi yang bernama Coffee prince yang baru sahaja dibeli oleh keluarganya. Ketika mencari pekerja yang hanya untuk lelaki sahaja, Eun Chan gadis tomboi ini juga memohon kerja di sini. haa boleh ke  ?

bukan dia nak pekerja lelaki ke ?

disebabkan Han Kyeol menganggap Eun Chan sebagai ' lelaki ' , maka dia diterima berkerja di kedai kopi tersebut. sejak daripada ni lah mula peristiwa sweet diantara mereka muncul.

 " haaa, masa nilah kisah mereka mula tercipta. korang nak tahu kesudahan cerita ni ? korang kena lah tengok MY COFFEE PRINCE di astro nanti . "

mesti best sebab ada janna nick dan fattah amin kan. walaupun drama ni ada kontroversi tersendiri, tapi ia berjaya diselesaikan dengan baik sekali. tahniah buat mereka semua. jom kongsikan sinopsis drama my coffee prince malaysia ni dengan rakan-rakan lain ya. terima kasih .

Post a Comment

Previous Post Next Post