Type something and hit enter

author photo
By On
loading...

Sinopsis Drama Cinta Hati Batu


Sinopsis Drama Cinta Hati Batu. Drama baru ini merupakan drama yang menggantikan cerita jurnal suraya tau. drama ni dibintangi oleh pelakon seperti Ashraf Muslim dan Aishah Azman. Ashraf kembali berlakon nampaknya. hehe lama tak nampak dia berlakon kan. sebelum ni tak ingat cerita biar aku jadi penunggu ke apa tah. lama dah kan..

Sinopsis Drama Cinta Hati Batu


Drama ini mengisahkan tentang percintaan Anith (Aishah Azman) dengan Nik Afezal ( Fadzlan Hadzim ) yang mana cinta mereka tidak kesampaian. Berita " kematian " afezal menyebabkan anith berasa sedih yang teramat sangat.

bagi mengurangkan rasa sedihnya dia berkahwin dengan Dzul Ehsan lakonan Ashraf Muslim. Ehsan merupakan seorang duda anak satu. Anith mencuba sebaik mungkin menjadi ibu kepada anak ehsan. disebabkan perkahwinan tersebut tiada rasa cinta. maka hubungan mereka putus.

satu hari,
Anith bertemu dengan Afezal tunangnya yang disangka telah meninggal dunia tu.

fuhh
terkejut kerana rupanya berita kematian itu adalah berita rekaan keluarga afezal untuk memisahkan mereka berdua.

selepas itu anith kembali menyukai afezal. tetapi disebabkan tindakan keluarga afzal yang memisahkan mereka, afzal menjadi murung dan cepat marah.

mampukah anith menghadapi dugaan ini atau berlaku sebaliknya ? itu korang kena tengok cerita ni tau . baru mula tayang pada 28 disember 2017 ni. mesti best kan. ehehe

selamat menonton .


Click to comment