Type something and hit enter

author photo
By On

Sinopsis Drama Lafazkan Kalimah Cintamu



Sinopsis Drama Lafazkan Kalimah Cintamu.  hai korang, sejak dua tiga hari ni rupanya ada drama baru lah yang menggantikan drama my coffee prince. antara barisan pelakon drama lafazkan kalimah cintamu ni adalah nelydia senrose, dato farid kamil dan ramai lagi. bagi korang yang nak tahu jalan ceritanya, boleh baca sinopsis di bawah .

Sinopsis Drama Lafazkan Kalimah Cintamu


Drama ini mengisahkan tentang tengku aqilah seorang anak yang dikatakan menjadi punca kematian ibu nya. sejak kematian ibunya, aqilah sering kali terabai kerana perasaan dendam oleh ahli keluarga yang lain. 13 tahun dia hidup di luar negara dan kini dia kembali ke tanah air untuk mendapat kasih seorang bapa. namun tragedi hitam mula berlaku.

kakaknya, tengku natasha masih berdendam dengan aqilah. dia mencucuk bapa mereka tengku hisham supaya memberi jawatan yang teruk kepada aqilah. dan akhirnya aqilah mendapatjawatan penyambut tetamu di syarikat mereka.

begitu juga dengan abangnya iaitu tengku ryan ameer yang tidak mahu bersua muka dengan aqilah ketika di pejabat.

satu hari , tengku hashim yang merupakan bapa saudara aqilah yang begitu menyayanginya meninggal dunia. dalam wasiat beliau terdapat sesuatu yang mengejutkan yang akan mengubah hidup aqilah.

korang nak tahu apa dia tak?
kalau nak tahu, kena tengok drama lafazkan kalimah cintamu ni di Astro Ria !

waktu siaran adalah pada Isnin hingga khamis pada jam 10 malam.
selamat menonton .

Click to comment