Sinopsis Drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek Astro

- 10:32:00 AM
Ramai yang tengok drama cik reen & encik ngok ngek ni semalam kan. Kalau kami cakap drama ini sangat menarik untuk ditonton, anda setuju atau tidak ?

Mungkin akan ada yang setuju dan ada yang tidak setuju. Kami kongsikan sinopsis drama cik reen & cik ngok ngek ini dengan anda. jom baca dan kemudian barulah kita tahu jalan ceritanya kan.

Info Drama

Tarikh Mula Tayangan : 1 Oktober 2018
Saluran Tayangan : Astro Ria

Sinopsis Cik Reen & Encik Ngok Ngek


Sinopsis

Drama cik reen dan cik ngok ngek ini mengisahkan tentang satu majlis perkahwinan yang sudah dirancang akhirnya terpaksa bertukar tuan. Ia kerana Izyan dan Ikram yang merupakan pasangan yang sepatutnya bersanding telah melarikan diri.

Demi mengelakkan malu, keluarga kedua-dua belah telah meminta Azreen dan Haris menggantikan tempat yang ditinggalkan Izyan dan Ikram.

Azreen dan Haris ini adalah kakak dan abang kepada Izyan dan Ikram.

Selepas majlis pernikahan, mereka mencari izyan dan ikram. Mereka nekad, kalau dapat jumpa kedua-dua mereka, Azreen dan Haris akan berpisah.

Azreen beranggapan bahawa cinta tidak boleh dipaksa.
Ditambah pula dia dapat tahu yang Haris sudah ada teman wanita.

Tetapi dalam tempoh pencarian mereka itu, Azreen mula jatuh hati dengan Haris.

alamak ! nak tahu tak apa kesudahan dia ?

mampukah Azreen menawan hati haris atau mereka akan berpisah juga nanti ?

Sama-sama kita tengok drama ni sampai habis ya.

Tak sabar lak nak tengok celoteh dua-dua orang ni. hehehe

Advertisement


EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search