I Can See Your Voice Malaysia Musim ke 2 Kini Kembali (ICSYVMY2)

I Can See Your Voice Malaysia Musim ke 2 Kini Kembali (ICSYVMY2). Mulai 23 Jun 2019, rancangan realiti dari korea tetapi dalam versi Malaysia kembali untuk musim kedua.

I can see your voice Malaysia 2019 kembali dengan aura yang lebih menarik dan isi yang lebih baik berbanding musim pertama mereka.

Dihoskan oleh dua orang pengacara iaitu Syuk Hotfm dan juga Sean Lee. Gandingan baru ini pastinya akan menarik minat penonton untuk menonton rancangan ini.

Untuk pengetahuan anda, Sean Lee menggantikan pengacara Alvin Chong yang telah menjadi pengacara untuk musim yang pertama.

I Can See Your Voice Malaysia Musim ke 2 Kini Kembali (ICSYVMY2)


Selain pengacara, ada 3 orang juri tetap yang akan membantu Artis jemputan menilai keupayaan para peserta setiap minggu. Mereka adalah Sealan paul, Mark Adam dan juga Jihan Muse.

Makin meriah dan makin gamatlah stage I can see your voice 2 kali ini.

Waktu Tayangan akan bermula pada 23 Jun 2019 dan mereka akan bersiaran pada setiap hari ahad jam 9 malam di TV 3.

Ingat ya! TV 3 ! bukan NTV 7 macam season lepas tau. hehe nanti silap pula.

Tak sabar nak mencari siapa penyanyi sebenar dan juga penyamar untuk musim kali ini. Anda sudah bersedia ? Tunggu hari ahad ini.

Video Promo ICSYVMY2





- like FB Live di sini.

Post a Comment

1 Comments