Sinopsis Drama Utusan Cinta Buat Adam (TV3)

Sinopsis Drama Utusan Cinta Buat Adam. Mulai 3 julai 2019, drama ini akan bersiaran bagi menggantikan drama bukan cinta aku. Drama ini dibarisi pelakon utama Kamal Adli dan Puteri Aishah tau.

Aku rasa drama ni bergenre drama romantik dan sweet-sweet. hehe Bagi yang tak sabar nak tengok cerita ni, jom kita baca sinopsis drama ni ya.

Sinopsis Drama Utusan Cinta Buat Adam


 Drama ini mengisahkan tentang Aireen Husna yang merupakan seorang doktor. Walaupun berkerjaya hebat, dia masih belum berkahwin dan masih mencari calon yang sesuai.

Syarat untuk menjadi suaminya adalah seorang yang kuat agama. Akhirnya dia terserempak dengan seorang jejaka bernama Adam Firdaus.


Sinopsis Drama Utusan Cinta Buat Adam


Dia memang tidak mengenali adam tetapi hati dia tetap meminati jejaka itu.

Satu hari, dia dapat tahu yang adam merupakan anak kenalan kepada Mak ciknya, Dia terus meminta Mak cik nya melamar adam untuknya.

Adam seorang pensyarah berumur 35 tahun dan masih mencari calon isteri. Semua pilihan keluarganya ditolak.

Akhirnya Adam dan Aireen berkahwin. Perkahwinan mereka tidak direstui oleh nenek dan tokwan adam kerana mereka mahu adam berkahwin dengan Liyana yang merupakan pilihan mereka.

Bagaimanakah hubungan adam dan aireen selepas itu? kalau nak tahu kenalah tengok sampai habis lah cerita ni. hehe

Lagu tema dan ost untuk drama ni bertajuk Pernah Bahagia yang dinyanyikan oleh Sharifah Zarina.

Jangan lupa temujanji kita 3 julai ini ya. Selamat menonton.

Post a Comment

0 Comments