Sinopsis Drama Setelah Terlafaznya Akad [Astro Ria]

Sinopsis Drama Setelah Terlafaznya Akad. Disebabkan ramai yang tengok cerita ni, jadi aku pun nak kongsikan sinopsis dia lah. Tapi sebelum itu, untuk pengetahuan korang, drama in dibintangi pelakon seperti Kamal Adli dan Uqasha senrose sebagai peneraju utama mereka.

Drama ni mendapat respon yang positif dari kalangan peminat drama tempatan. Aku rasa, tak lama lagi dia akan jadi fenomena. haha


Sinopsis Drama Setelah Terlafaznya Akad


Gandingan menarik antara kamal dan Uqasha berjaya menarik peminat untuk menonton drama romatik ini. Sehinggakan dah ada hashtag untuk kedua-dua mereka tau. diorang bagi nama #Uqamal. hahaha. macam-macam lah diorang ni kan.

Sinopsis Drama Setelah Terlafaznya Akad


Bagi yang nak tahu bagaimana cerita ini bermula dan berakhir, jom baca sinopsis dibawah.

Hanan ( Kamal Adli) seorang lelaki yang sudah berkeluarga. Kemudian, dia bercerai dengan isterinya, Hani. Setelah beberapa ketika, dia dipaksa untuk berkahwin dengan Nawal ( Uqasha).

Si Nawal pula terpaksa menerima lamaran tersebut untuk menutup rahsia besar yang berlaku dalam keluarga mereka. Namun Hanan pula masih cintakan Hani. Kerana dia terlalu mengejar Hani, dia akhirnya melepaskan Nawal.

Nawal diceraikan oleh Hanan pula. Namun akhirnya dia sedar yang, dia lebih memerlukan Nawal berbanding Hani.

Apa lagi, kau dah cerai dia, sekarang kena lah pujuk balik. haha. Agak-agak, Nawal nak terima Hanan lagi atau tidak?

Kalau nak tahu, kenalah tengok sampai habis cerita ni. hehehe


Post a Comment

Previous Post Next Post