Drama Cemburu Seorang Perempuan. Mulai 29 Oktober 2019, Drama baru akan mula ditayangkan di Astro Ria. Drama tersebut adalah Drama cemburu seorang perempuan. Antara pelakon drama ini adalah Amar Bahrin, Amyra Rosli dan juga Emma Maembong.

Aku rasa drama ni mesti akan robek hati kita semua hehe.  Kalau tak percaya korang kenalah tengok sampai habis.

Drama ini mempunyai 20 episod dan aku rasa dalam masa sebulan akan habis dah drama ni hehe.


Drama Cemburu Seorang Perempuan


Drama ini ditayangkan pada setiap hari  Isnin hingga Jumaat pada jam 7 malam di Saluran Astro Ria & Astro Ria HD.

Bagi korang yang belum baca biodata Amyra Rosli, korang boleh baca di sini (klik).

Senarai Pelakon Drama Cemburu Seorang Perempuan (2019).


Ramai pelakon hebat membintangi drama ini. Antaranya adalah Emma Maembong, Amyra Rosli, Amar Baharin, Bella Dowanna, Dini Schatzmann, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Sabrina Ali, Amir Nafis, Mior Darwish, Nazrief Nazri, Rashidah Jaafar dan Elmy Moin.

Jom layan sedutan promosi drama ini.


SINOPSIS CEMBURU SEORANG PEREMPUAN.



Zikri dan Dhia berkawan rapat sejak mereka sekolah lagi. Keakraban mereka membuatkan keluarga Zikri tidak senang kerana Dhia dari keluarga yang tidak berada.

Keluarga Zikri berpindah ke Kuala Lumpur dengan tujuan untuk memisahkan mereka.

Zikri kemudian berkahwin Emilia. Hidup mereka bahagia tetapi setelah keguguran anak pertama Emilia tidak boleh mengandung lagi.

Disebabkan itu, Emilia mahu Zikri mengahwini sahabat baiknya, Dhiya untuk melahirkan anak mereka dengan kaedah ibu tumpang.

Senarai Pelakon Drama Cemburu Seorang Perempuan (2019)


Dhia rela kerana dia memang kasihkan Zikri. Walaupun Zikri adalah suaminya yang sah namun hubungan mereka tetap sebagai kawan baik sahaja.

Namun Emilia tidak dapat mengawal perasaan cemburunya sehingga bertindak di luar batasan kewarasan fikiran.

Nak tahu apa kesudahan cerita ni?
Jangan lupa tonton drama cemburu seorang perempuan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat di Astro Ria.

Post a Comment

Previous Post Next Post