Drama Setelah ku Dimiliki TV3. Hai korang, hari ini akan mula ditayangkan sebuah drama baru yang menggantikan drama lelakimu yang dulu. Drama bertajuk Setelah ku dimiliki. Antara pelakon utama drama ini adalah Intan Najuwa dan juga Zul Ariffin.

Haaa macam manalah ganding dua orang pelakon ni kan. hehe Seperti yang kita tau Zul Ariffin memang seorang pelakon yang hebat dan terkenal.

Intan pula seorang pelakon baru yang semakin meningkat naik. Pasti gandingan kedua-dua mereka akan membina satu persefahaman yang baik untuk drama ni kan.

Drama Setelah ku Dimiliki

Jom baca info drama setelah ku dimiliki ini.

Jumlah Episod : 28 episod
Tarikh Tayangan : Oktober 2019


Drama Setelah ku Dimiliki


Waktu Tayangan : Isnin-Jumaat, 7 malam
Saluran Tayangan : Slot Akasia TV3

Senarai Pelakon


Ini merupakan pelakon - pelakon yang membintangi drama ni. Intan Najuwa, Zul Ariffin, Tiz Zaqyah, Zaki Azeman, Lia Natalia, Fahmi Reza, Rahhim Omar, Zulhelmy, Adeline Tsen, Kuza, Aleza Shadan

Fuh mesti best kan.

Sinopsis Drama


Drama ini mengisahkan tentang Sarrafia yang merupakan penghuni Rumah Azirah. Setelah dua tahun berlalu lelaki bernama Adriz yang tidak pernah dia lupai itu muncul semula dalam hidupnya.

Sebelum ini Adriz merupakan seorang yang liar dan suka berfoya-foya. Setelah sedar daripada koma, Adriz tidak lagi mengingati kehidupan lamanya dan perangainya juga berubah.

Bagi menenangkan hati Adriz, Encik Rahimin ayah kepada Adriz membawa anaknya ke Rumah Azirah.

pelakon Drama Setelah ku Dimiliki

Adriz baru tahu bahawa ayahnya itu memiliki satu tempat yang dikenali Rumah Azirah sempena nama maknya. Di sana dia diperkenalkan dengan Sarrafia.

Adriz telah membuat keputusan untuk menguruskan Rumah Azirah kerana mahu meringankan beban ayahnya yang sibuk menguruskan perniagaan lain.

Adriz cuba mendekati Sarrafia namun wanita itu sering mengelak daripada bertemu dengannya.Ini kerana dia masih tidak ingat apa yang telah dia lakukan kepada sarrafia.

Adakah sarafia akan maafkan Adriz?

Kalau nak tahu cerita dia, kenalah tengok sampai habis nanti. hehe

Drama Setelah ku Dimiliki TV3


Drama Setelah Ku Dimiliki Full Episod.


Aku tau ramai yang nak marathon drama ni kan. Jadi aku kumpulkan untuk korang supaya mudah untuk tengok full episod.  Korang hanya perlu klik pautan-pautan dibawah untuk menonton.


Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 ||||||||


Jangan lupa kongsikan entri drama setelah ku dimiliki ini di facebook anda !
Selamat menonton.

Post a Comment

Previous Post Next Post