Punca Ameer Sofarz Tersingkir di Minggu ke 3 Gegar Vaganza 2019

Gosip: Ini Punca Ameer Sofarz Tersingkir. Untuk minggu ke 3 ini, peserta gegar vaganza yang tersingkir adalah Ameer Sofarz. Dua minggu berturut-turut dia dapat komen yang tak baik dari juri.

Jadi, minggu ini dia terpaksa akur yang dia tersingkir. Dia mendapat markah terendah minggu ini.

“Sudah tertulis rezeki saya hanya sampai konsert minggu ketiga sahaja dan saya terima seadanya.

“Sejujurnya saya sedar ada kesilapan ketika menyampaikan lagu ini dan ia memberikan saya pengajaran. Saya perlu lebih berhati-hati lepas ini,” ujar Ameer kepada Gempak.

Ini Punca Ameer Sofarz Tersingkir


Tambah Ameer lagi, dia bersetuju dengan komen juri tetap, Datuk Ramli MS pada aspek teknikal ketika membawakan lagu Samrah Mentari dendangan asal Datuk Jamal Abdillah.

“Saya sedar salah saya pada beberapa bahagian lagu antaranya pemilihan key dan pitching yang terlalu rendah.

“Saya juga jarang dan tidak biasa menggunakan ‘ear piece’ sebagai monitor dan ditambah dengan perasaan gementar, itu yang membuatkan vokal saya goyang,” komen Ameer lagi.

Penyingkiran Ameer Sofazr telah menyelamatkan Sham Visa dan Feeza yang berada di kedudukan tiga terbawah.

Sumber : Astro Gempak

Siapa pula yang akan disingkirkan minggu depan? sama-sama kita nantikan ya.

Post a Comment

Previous Post Next Post