Sinopsis Drama Kampung People (TV3). Aku tau, ramai yang tengok drama ni kan, tapi ramai yang tak tau sinopsis penuh untuk cerita ni. Kenapa mereka kena pindah ke kampung walaupun dah duduk dekat bandar sebelum ini.

Oh ya, sebelum tu, antara pelakon utama drama ni adalah Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana, Kamarul Eqifshah, Namron, Fizz Fairuz, Hun Haqeem, Razak Ahmad, Shah Kimin, Haeriyanto Hassan, Shahkimin, Azwan Razali.

Sinopsis Drama Kampung People (TV3)


Jumlah Episod : 13 episod
Tarikh Mula Tayangan : 11 Disember 2019
Waktu Tayangan : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
Ssluran Tayangan : Slot Lestary TV3

Kemaskini 2020 : Drama ini telah berjaya menawan hati rakyat Malaysia. Sehingga berjaya mencatat jumlah tonton yang banyak berbanding drama-drama yang ditayangkan sebelum ini.

Jadi kalau korang tak tengok lagi, rugilah. hehe.

Sinopsis Drama Kampung People (TV3)


SINOPSIS DRAMA KAMPUNG PEOPLE


Razif bekerja dengan Tuan Suhaimi yang menjual barangan yang diseludup secara haram. Ketika Razif sedang sibuk menguruskan jual beli, polis datang menyerbu tempat mereka dan ditangkap.

Razif disoal siasat dan diugut dengan penjara selama 15 tahun jika tidak membuka mulut. Razif terpaksa menjadi saksi menentang bekas bossnya, penjenayah Tuan Suhaimi di mahkamah.





Razif menerima ugutan dari kumpulan Cengkih Manis dan polis meletakkan Razif dan keluarganya ke dalam Program Perlindungan Saksi agar mereka tidak dibunuh sebelum kes pendakwaan.

Keluarga Razif terpaksa menyamar dan menukar identiti mereka menjadi orang kampung. Kejadian melucukan berlaku apabila keluarga Razif cuba menyesuaikan diri dengan keadaaan di kampung.

Sinopsis Drama Kampung People (TV3)


Jangan lupa untuk share sinopsis drama kampung people ni tau !

Post a Comment

Previous Post Next Post