Drama Hati Yang Tersakiti (TV3). Drama terbaru ini bertajuk 'Hati Yang Tersakiti' yang di lakonkan oleh Remy Ishak, Nad Zainal dan Mimi Lana. Drama ini mempunyai 15 episod arahan Feroz Kader Drama ini mula bersiaran pada 15 Oktober 2020 dan akan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di TV3.


Drama Hati Yang Tersakiti (TV3)



Drama ini mempunyai 15 Episod dan mula ditayangkan pada 15 oktober 2020. Waktu tayangannya pula adalah pada setiap hari isnin hingga khamis jam 10 malam. Sebelum tidur, boleh la layan drama ni kan.

Antara senarai pelakon yang terlibat dalam drama hati yang tersakiti adalah Remy Ishak, Nad Zainal, Mimi Lana, Riz Amin, Husna Mustaffa, Meor Mohd, Fad Anuar, Ainina Ahmad, Rahim Jailani dan Sharifah Anthash

SINOPSIS Drama Hati Yang Tersakiti (TV3)

Drama hati yang tersakiti ini mengisahkan tentang Mona dan Farah berkawan baik sejak mereka belajar di kolej. Selepas beberapa tahun, mereka berdua bertemu kembali. Mona kini hidup bahagia dengan suaminya, Haris walaupun belum dikurniakan cahaya mata. Namun, rumah tangga yang dibina berdasarkan kepercayaan mulai tergugat. Mampukah ia diselamatkan dan persahabatan yang terjalin lama dimuliakan? Atau bakal ada hati yang tersakiti ?


Drama Hati Yang Tersakiti (TV3)

Haris (Remy Ishak) dahulunya seorang penghantar surat. Berkat usahanya, dia kini berjaya menjadi seorang usahawan maklumat teknologi (IT). Mona (Nad Zainal) pula seorang lepasan kolej yang bekerja sebagai perunding majlis.


Pertemuan pertama Haris dan Mona di kolej membibitkan cinta tetapi Farah (Mimi Lana) rasa Haris tidak layak dan tidak setaraf dengan Mona yang berpelajaran tinggi. Farah pernah memperkenalkan Mona kepada anak Datuk malahan dia sendiri memilih anak kepada seorang Tan Sri sebagai suaminya. 


Farah tidak menjemput Mona ke majlis perkahwinannya. Dia juga tidak hadir ke majlis perkahwinan Mona dengan alasan bekerja. Selepas berkahwin dengan Adrian (Riz Amin), Farah sudah tidak menghubungi Mona. Masing-masing telah membawa haluan sendiri dan tidak bertanya khabar berita. 


Drama Hati Yang Tersakiti (TV3)


Kini, perkahwinan Haris dan Mona sudah masuk 5 tahun dan dipenuhi dengan kasih sayang dan kebahagiaan. Haris tidak pernah melalaikan tanggungjawab sebagai seorang suami cuma mereka belum berpeluang mendapatkan cahaya mata sebagai pelengkap perkahwinan. Farah pula menjadi seorang model terkenal dan masih tidak mempunyai anak, malah dia sekarang di dalam proses penceraian. 


Mona dan Farah bertemu kembali. Selepas mengetahui keadaan Farah yang belum mendapatkan tempat tinggal kerana krisis rumah tangga, Mona mempelawa kawan baiknya untuk tinggal di rumahnya buat sementara waktu. Haris tidak senang dengan kehadiran Farah kerana ia akan mengganggu privasi mereka dan mula tetapkan syarat kepada Farah.




Akhirnya, Haris akur kerana Mona rasa kasihan dan mahu membantu sahabatnya. Farah berterima kasih dengan keprihatinan yang diberikan kepadanya. Lama-kelamaan, dalam diam Farah mulai mencemburui kesempurnaan yang dirasai dalam rumah tangga Mona dan makin lama dia juga ingin memilikinya.

Jangan lupa untuk saksikan drama hati yang tersakiti ini di tv3. Memang best tak cerita ni rugilah kalau anda tak tengok. 


Post a Comment

Previous Post Next Post