PERJALANAN HIDUP MEMATANGKAN KITA !

Dalam hidup sehari-hari, manusia di uji dari segenap sudut yang selalunya menguatkan mereka. walaupun ada ketika kita akan rasa sedih dan lemah pada awalnya, tetapi kita akan rasa kita kuat bila kita tukar persepsi buruk tersebut .

Sepanjang hidup yang penuh dengan pancaroba ini. kita tidak lari dari berjumpa dengan orang  dan manusia di sekeliling kita. mana mungkin kita di katakan bermasyarakat tetapi kita tidak turun menyertai masyarakat tersebut. betul tak ?


kita berkenalan dengan kawan-kawan, dari situ kita mula kenal siapa kita, siapa masyarakat dan siapa lawan kita. kita kena lawan bukan lah untuk bergaduh atau berlawan, tetapi adalah untuk menjadi persediaan bila sesuatu yang buruk berlaku.

pandang ke hadapan dan ubahlah masa hadapan kita demi menjamin sesuatu yang indah . dari pengalaman jugalah kita bercerita kepada anak-anak dan adik-adik kita.semuanya bertujuan untuk membantu mereka agar tidak terjerumus dengan apa yang kita lalui .

Selalunya kita akan berkongsi kenangan pahit berbanding manis kepada orang kita sayang. sebabnya adalah untuk bagitahu kepada mereka yang hidup ini bukan mudah di lalui.jalan yang kita pilih itulah jalan yang terbaik untuk kita. andai berlaku kepada mereka, mereka mampu untuk menghadapi ujian tersebut.

looking foward dengan masa depan kita. fikir positif selalu ya !

sekian.

Post a Comment

Previous Post Next Post