RUNNINGMAN MAKIN SURAM, ADAKAH FAKTOR USIA ?

Runningman episod 295
RUNNINGMAN MAKIN HAMBAR - Runningman ni bukanlah rancangan baru di Malaysia .Siapa yang menonton pastinya akan tergelak dan tertarik untuk menontonnya lagi dan lagi dan lagi . Dari Episod 1 sehinggalah ke episod 295 , pelbagai perubahan di lakukan dan pelbagai cara di lakukan sehinggakan ramai yang menonton runningman di seluruh dunia.

Cumanya, sejak beberapa episod kebelakangan ini, runningman sudah tidak seperti selalu . Mereka yang asalnya lebih gemar bermain game kini lebih gemar duduk dan bersembang.Banyak temu bual di lakukan dalam setiap episod .

Runningman episod 295

Entahlah, mungkin aku ja yang tak suka bila sampai part sembang-sembang ni . Aku lebih suka depa gerak dan berlari.jarang sangat tengok depa macam episod-episod sebelum ini . bergerak dari satu 
check point ke checkpoint yang lain .

Sekarang pun lokasi pengambaran agak terhad kepada satu tempat sahaja. kebanyakkannya di dalam studio yang di ubah suai. Betul, runningman masih lawak dengan perangai gila-gila mereka,cumanya seri mereka seperti hilang bila mereka terlal banyak bercakap .aku jer rasa kot.

Runningman episod 295

Apa-apa pun, ni hanya pendapat aku . aku tak paksa korang terima pandangan aku, kalau korang ada pandangan lain, boleh kongsikan di ruangan komen .

Episod yang baru ini pun masih banyak bercakap . Adakah faktor usia mereka yang makin meningkat menyebabkan mereka sukar untuk bermain lasak ? atau pun Producer mereka yang semakin ketandusan idea dalam mengekalkan identiti  Runningman itu sendiri .

korang rasa macam mana ?

sekian,


Post a Comment

Previous Post Next Post