KEMERIAHAN RAMADAN TERASA !

KEMERIAHAN BULAN RAMADAN I Lagi beberapa hari sahaja lagi ramadhan akan berkunjung tiba . Kemeriahan nya sudah terasa apabila pelbagai persiapan untuk menyambut kedatangan tetamu kita ini untuk tahun ini . Persiapan dari segi rohani dan jasmani juga telah di persiapkan dalam menjadikan ramadhan kali ini lebih baik daripada ramadhan tahun-tahun sebelum ini .

KEMERIAHAN RAMADAN TERASA !

Ramadhan merupakan bulan rahmat kepada setiap ummat Islam. Bermula dari segi ibadah sehinggalah ke pada juadah berbuka. Namun tidak ramai yang bersyukur dengan apa yang ada di bulan ramadhan.Bulan ini juga di jamin pahala yang bertingkat-tingkat kepada mereka yang rajin beribadah. tetapi berapa ramai yang rajin beribadah di bulan ramadhan .

Ramai yang mengambil peluang untuk mendekati masyarakat ketika bulan Puasa ini. Sama ada ketika sahur, ketika mencari makanan berbuka mahupun ketika solat terawih . Selain itu ramai juga yang mengambil peluang untuk bertadarus al-quran sepanjang bulan ramadhan ini.

Ambillah peluang yang ada, beribadahlah seleagi kamu mampu. dan ikhlaskanlah niat kita sepanjang kita beribadah di dalam bulan ramadhan. Antara amalan yang menjadi amalan Rasulullah sepanjang bulan ramadhan adalah Berpuasa, Qiamullail, beri orang makan ketika berbuka, iktikaf dan pelbagai lagi yang boleh di jadikan contoh dan ikutan buat kita semua.Insyaallah .

Andai ada peluang melakukan kebaikkan, ajaklah teman-teman dan kawan-kawan kita melakukannya bersama. semoga pahala yang kita peroleh itu bukan untuk kita sahaja, tetapi juga di perolehi oleh orang lain. Insyaallah

Sekian.

Post a Comment

Previous Post Next Post