LEPAS RAYA, SEMUA PAKAT DEMAM !

Demam di hari raya || Selepas lebih seminggu kita menyambuat hari raya aidilfitri , ramai di antara kita mula bekerja dan bersekolah sejak awal minggu lepas. Sudah pasti, perasaan sedih bercampur serba salah sebab meninggalkan keluarga di kampung. hehe tak yah sedih-sedih sangat, hari raya kan sebulan. bila-bila pun boleh balik ke kampung.
LEPAS RAYA, SEMUA PAKAT DEMAM !

Selepas beraya di kampung dan pulang semula ke rumah kita, pasti ada yang demam dan sakit perut . Agaknya perut kita rasa pelik kerana tiba-tiba terima makanan yang begitu banyak selepas dia berehat panjang ketika di bulan ramadhan. Mesti perut cakap " hang ni makan apa laa haaii ". kalau lah perut boleh bercakap kan. hehe

bila sudah demam, jaga permakanan dan banyakkan minum air. Jangan makan banyak sangat sehingga badan jadi penat untuk menghadamkan apa yang kita makan. selepas tu boleh lah sambung puasa 6 kan. jaga kesihatan sebabnya kita dididik untuk menjaga badan kita di bulan ramadhan. dan perkara tersebut perlu di teruskan di bulan-bulan lain.

sekian.

Post a Comment

Previous Post Next Post