7 TEMPAT MENARIK DI PULAU PINANG !

7 TEMPAT MENARIK DI PULAU PINANG ! || Pulau Pinang merupakan antara Destinasi yang paling di gemari oleh masyarakat dari seluruh dunia untuk di jadikan lokasi percutian. Tempatnya yang tenang dan menenangkan menjadi faktor utama Negeri Pulau Mutiara ini di gemari ramai disamping kepelbagaian makanan yang ada di dalam negeri ini memudahkan pengunjung untuk mengisi perut mereka.


7 TEMPAT MENARIK DI PULAU PINANG !


Untuk pengetahuan korang, Pulau Pinang juga dikenali sebagai Syurga makanan bagi penggemar makanan dari seluruh dunia. sebut sahaja apa yang korang nak makan, carilah di pulau pinang, mesti jumpa. Kali ini aku lebih nak kongsikan mengenai tempat menarik di negeri Pulau Pinang, Berikut merupakan 7 TEMPAT MENARIK DI PULAU PINANG !


7 TEMPAT MENARIK DI PULAU PINANG !

1. Komtar

Antara tarikan baru di komtar adalah di Tingkat 5 bangunan komtar ada paparan LED dan juga di bahagian puncak bukit bendera ada skywalk, korang boleh berjalan atas lantai kaca dan korang berada di tempat paling tinggi di bandar Georgetown.

Jangan risau, kalau korang gayat , ada ruangan untuk korang lihat pemandangan dan bukan di atas lantai kaca.

2. Padang Kota lama .

korang nak tempat untuk anak-anak korang berlari-lari , padang kota merupakan tempat yang sesuai untuk berehat bersama keluarga. ada padang yang luas dan ia berdekatan dengan laut. Di samping ada astaka padang kota yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong dengan pelbagai makanan di sana.


3. Bukit Bendera

Tarikan terbaru di Bukit bendera adalah Skywalk ,* aku tak ingat full name dia apa.
Tapi tarikan terbaru ini seperti yang ada di langkawi . korang boleh melihat pemandangan sekitar pulau pinang dari atas bukit bendera.

4. ESCAPE

Bagi yang menggemari Permaiana Ekstreme, korang boleh cuba ESCAPE yang terletak di teluk bahang. pelbagai games dan permainan untuk anda di sana .

5. Muzium 3D

Muzium 3D sentiasa menjadi tumpuan orang ramai yang menggemarkan gambar yang cantik dan berbentuk 3d . jadi apa tunggu lagi, pastikan korang sampai ke Muzium 3d di Pulau Pinang !

6. Muzium Perang

Lokasinya agak terpencil dan masih mempunyai tarikan tersendiri . Bagi yang menggemari sejarah dan ingin mengetahui bagaimanakan peperangan berlaku dan juga lokasi sebenar di gunakan tentera jepun satu ketika dahulu ketika menakluki Tanah melayu, korang boleh singgah ke Muzium Perang.

7. Gurney Drive

Gurney Drive atau lebih di kenali sebagai Padang kota baru mempunyai tarikan tersendiri dengan tersergam indah shopping complex dan juga tempat makan untuk anda. Selain itu , korang juga boleh menikmati permandangan tepi laut di kawasan tersebut.



Seperti yang aku cakap tadi, Pulau Pinang memang mempunyai tarikan yang tersendiri untuk di eksplore oleh setiap pelancong yang melancong ke dalam kawasan pulau Pinang. Jom kongsikan entri 7 TEMPAT MENARIK DI PULAU PINANG ! kepada kawan-kawan korang yang lain s ! ingat jangan risau nak ke pulau pinang, kerana semuanya ada di sini. nanti aku kongsikan restoran nasi kandar terbaik di Pulau Pinang pulak yer.

Sekian.

Post a Comment

Previous Post Next Post