NETIZEN KECAM DAN TERUS KECAM !

NETIZEN KECAM DAN TERUS KECAM ! || Beberapa isu berlegar di media sosial sejak beberapa hari ini . Antara isu yang berlegar adalah mengenai Perlantikan Seri Padu Baginda Yang Dipertuan Agong yang baru, Instagram boleh komen dan yang paling menarik adalah BUNTAT . Ramai juga yang menyatakan kesedihan mereka apabila watak buntat yang ada dalam Drama 7 Hari Mencintaimu tamat apabila watak tersebut telah meninggal dunia. sedih kan mesti ramai yang tengok episod tersebut.

Aku tertarik untuk kongsikan dengan korang mengenai segelintir netizen yang mempunyai perangai yang bertentangan dengan apa yang orang ramai selalu buat. dan mereka bangga dengan perangan mereka yang bertentangan dengan orang ramai dan mengwar-warkan kepada orang ramai bertapa mereka lah yang hebat.


NETIZEN KECAM DAN TERUS KECAM !


Aku ambil contoh mengenai buntat. tatkala ramai yang menyatakan kesedihan dengan watak tersebut yang meninggal dunia. ada juga segelintir  netizen yang tidak menonton drama tersebeut barang kali dengan mereka ini update seolah-olah memerli orang yang menyatakan sedih dengan watak tersebut.Kalau setakat update mengenai siap buntat dan sebagainya, kita boleh terima .

Tetapi sehinggakan mendakwa yang bukan-bukan terhadap orang yang menonton drama tersebut adalah sesuatu yang tidak baik kepada masyarakat. Orang lain menonton biarlah depa menonton. ni kaki perli orang ni kadang-kadang mencacatkan pemandangan media sosial.

Sudahlah, simpan sahaja ayat sarcasm anda itu. tak guna anda hilang kawan yang ramai di sebabkan update status sedemikian rupa. mungkin nak tujuk baik barang kali. Bukan bab buntat sahaja, kalau korang perasaan, kalau ada satu benda yang sedang di bincangkan di media sosial dan di viralkan dan menjadi sebutan ramai. Pasti akan ada makhluk-makhluk minoriti ini yang cuba untuk mendominasi majoriti.

Aku bukanlah tak suka tetapi biarlah perkataan anda itu lebih cermat dan lebih hemat. Tak perlu pun nak perli atau nak kecam benda yang orang lain buat dan korang tak buat. hati-hatilah kerana ia juga mampu menyebabkan anda kehilangan rakan baik dan sebagai. elakkan kontroversi walaupun ia nampak menarik. tanamkan dalam hati kita untuk elakkan pepecahan dan tanamkan keharmonian dalam kalangan netizen.

Sekian.

Post a Comment

Previous Post Next Post