SYARAT KELAYAKKAN PERMOHONAN BR1M 2017 !

SYARAT KELAYAKKAN PERMOHONAN BR1M 2017 ! | Untuk pengetahuan anda, proses permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia telah dibuka kembali bagi sesi 2017 . Pembayaran akan mula di buat pada bulan febuari dan kemudiannya secara berperingkat selepas itu . Bagi yang telah layak menerima BR1M, anda TIDAK perlu membuat permohonan baru sebaliknya anda hanya perlu mengemaskini maklumat anda sahaja . Bagi yang tidak di terima permohonan BR1M, berikut merupakan SYARAT KELAYAKKAN PERMOHONAN BR1M 2017 !



SYARAT KELAYAKKAN PERMOHONAN BR1M 2017 !


SYARAT KELAYAKKAN PERMOHONAN BR1M 2017 !


KATEGORI ISI RUMAH & E-KASIH

(i) RM1,200

Kriteria/Syarat Kelayakan

1. Pendapatan kasar bulanan : RM3,000 dan ke bawah (termasuk warga emas)
2. Warganegara Malaysia (menetap di Malaysia sahaja)
3. Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah / ketua keluarga. Contohnya:


  • berkahwin
  • ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • bujang (janda, duda) yang mempunyai tanggungan
  • warga emas (sebatang kara) berumur 60 tahun ke atas
4. Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan / kemaskini BR1M 2017

Jadual Dan Tarikh Peringkat Pembayaran BR1M 2017

RM400 (Februari)
RM400 (Jun)
RM400 (Ogos)

(ii) RM900



Kriteria/Syarat Kelayakan

1. Pendapatan kasar bulanan : RM3,001 hingga RM4,000 (termasuk warga emas)
2. Warganegara Malaysia (menetap di Malaysia sahaja)
3. Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah / ketua keluarga. Contohnya:


  • berkahwin
  • ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • bujang (janda, duda) yang mempunyai tanggungan
  • warga emas (sebatang kara) berumur 60 tahun ke atas
Jadual Dan Tarikh Peringkat Pembayaran BR1M 2017

RM300 (Februari)
RM300 (Jun)
RM300 (Ogos)

KATEGORI INDIVIDU BUJANG 21 TAHUN KE ATAS (RM450)

Kriteria/Syarat Kelayakan

1. Pendapatan kasar bulanan : RM2,000 ke bawah
2. Warganegara Malaysia (menetap di Malaysia sahaja)
3. Individu (bujang)
4. Berumur 21 tahun ke atas
5. Penerima KAD DEBIT PELAJAR tidak layak untuk memohon BR1M 2017 bagi kategori Bujang

Cara Pembayaran Diterima (sekaligus)

RM450 (Februari)

INFO SKIM KHAIRAT KEMATIAN (SKK)

1. Kategori Isi Rumah & E-Kasih & Warga Emas layak menerima SKK yang memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000, berkuatkuasa selama 1 tahun.

2. SKK diberikan pada waris penerima BR1M kategori isi rumah dan warga emas yang meninggal di dalam tempoh 1 Januari 2017 hingga 31 Disember 2017


 

PERMOHONAN BARU BR1M 2017

Permohonan Baru merujuk kepada:

  • pemohon yang pertama kali memohon BR1M, atau
  • pemohon yang telah disahkan gagal dalam permohonan sebelum ni
Sekiranya menepati kriteria/syarat kelayakan yang telah ditetapkan boleh mengemukakan permohonan baharu BR1M 2017.

A) Permohonan BR1M 2017 Secara Online (e-BR1M)

(i) Tarikh permohonan BR1M 2017 secara online : 5 Disember 2016 (Isnin) - 31 Disember 2016 (Sabtu)

(ii) Sistem Aplikasi Permohonan Pendaftaran Baru BR1M (e-BR1M) 2017 (mengisi borang secara Online): klik SINI

(iii) Panduan Pengguna Sistem Aplikasi & Cara Buat Permohonan Baru e-BR1M 2017 : klik SINI

(iv) Semakan Secara Online Status Keputusan Kelulusan Permohonan BR1M 2017 : klik SINI

PERINGATAN!

  • Permohonan secara online hanya boleh dibuat dengan menggunakan KOMPUTER berikutan aplikasi e-BR1M tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih.
  • Pemohon dinasihatkan mencetak salinan permohonan & perlu disimpan sebagai rujukan.

B) Permohonan BR1M 2017 Secara Manual (Guna Borang)

(i) Tarikh borang BR1M 2017 diedarkan : 5 Disember 2016 (Isnin)

(ii) Borang boleh didapati melalui :
  • Pejabat Cawangan & Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM)
  • Pejabat Daerah & Pejabat LHDNM di seluruh negera
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
  • Online di www.hasil.gov.my
Muat turun (download) Borang Permohonan Baru BR1M 2017 : klik SINI

(iii) Jadual pembukaan kaunter BR1M 2017 di semua cawangan LHDNM : klik SINI

(iv) Borang yang telah diisi & dilengkapkan dengan sempurna hendaklah dihantar ke cawangan / pusat khidmat Hasil / Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM yang berdekatan sebelum tarikh akhir permohonan ditutup : 31 Disember 2016 (Sabtu).

PERINGATAN!

*Sila kemukakan permohonan dengan HANYA MENGGUNAKAN SALAH SATU DARIPADA KAEDAH YANG DISEDIAKAN sama ada dengan cara online atau manual (guna borang) bagi mengelakkan duplikasi kandungan maklumat pemohon.

Pautan Portal Rasmi e-BR1M : https://ebr1m.hasil.gov.my

BAGAIMANA DENGAN PENERIMA BR1M YANG SEDIA ADA?

Penerima BR1M yang sudah disahkan layak / pernah menerima BR1M sebelum ini tidak perlu mendaftar lagi atau membuat permohonan baru. Tapi, perlu kemaskini maklumat peribadi termasuk ALAMAT, MAKLUMAT ANGGOTA KELUARGA & AKAUN BANK dan maklumat lain yang berkaitan dengan tepat.

Kalau tiada perubahan apa-apa, tak perlu kemaskini. Kerana, tujuan pengemaskinian ini adalah untuk melancarkan atau memudahkan proses penyaluran bantuan kepada penerima berdasarkan maklumat rekod terkini.

Rujuk Pautan ini .

Jadi tunggu apalagi ? segerakan proses permohonan anda , mana tau ada rezeki anda dalam BR1M 2017 . Silakan Share entri SYARAT KELAYAKKAN PERMOHONAN BR1M 2017 ! kepada kawan-kawan anda yang belum pernah memohon BR1M .

Sekian.

Post a Comment

Previous Post Next Post