TEMPAT MENARIK DI SEKITAR LUMUT,PERAK !

TEMPAT MENARIK DI SEKITAR LUMUT,PERAK ! • Baru-baru ini aku sempat melawat ke kawasan yang lama aku tak melawat. rindu bukan main lagi dekat tempat ni. cuba teka tempat mana yang aku nak melawat sangat tu ? hahaha dah ada dekat tajuk entri aku tulis dah. hehe

Lumut, Perak

Satu ketika dahulu, aku selalu datang dengan family aku sewaktu aku masih kecil . Jadi , bila lama tak lepak sini, jadi macam mengimbau kenangan lah pulak kan. Mesti ramai yang tertanya-tanya apa yang ada di Lumut Perak ? Jom aku kongsikan dengan korang .

TEMPAT MENARIK DI SEKITAR LUMUT,PERAK !


1. JETI LUMUT


TEMPAT MENARIK DI SEKITAR LUMUT,PERAK !

Dekat kawasan sini , korang boleh jalan-jalan bersama keluarga korang. Dari sini juga korang boleh ke jeti untuk ke pulau pangkor dan kedai-kedai yang menjual makanan-makanan laut yang banyak gila !

2. PAYA BAKAU


TEMPAT MENARIK DI SEKITAR LUMUT,PERAK !

aku sempat masuk setengah ja, ada banyak pokok-pokok bakau dalam taman Paya bakau ini. kalau korang nak buat photoshot, aku cadangkan tempat ini menarik dan cantik .


Cara ke Lumut Perak ?

Anda boleh menaiki bas atau kereta dan juga kenderaan lain ke sana . Anda hanya perlu masuk melalui tol taiping dan belok ke sebelah kanan . Perjalanan mengambil masa sejam dari Tol Taiping .

Lumut juga terkenal dengan bandar TUDM atau bandar maritim . Terdapat jeti ke Pulau Pangkor menjadikan kawasan lumut ini sentiasa sibuk dengan pelancong. aku boleh katakan Lumut dah macam Pulau Langkawi ja .

Persekitaran kawasan sekitar juga terjaga selain pelbagai kemudahan lain yang turut sama di lengkapkan seperti :


  • Tempat letak kereta bertingkat
  • Kedai makan
  • Stesen Minyak
  • Kedai runcit
  • tempat jual makanan laut
  • Kedai jual barangan murah
  • tandas awam
  • masjid
  • dan lain-lain .


Jadi, kalau korang singgah dekat lumut ini, korang tak perlu risau mengenai kelengkapan di kawasan tersebut. kalau korang bawa anak-anak kecil , jangan risau ada taman permainan yang luas untuk mereka bermain . pastikan anda mengawal mereka ya. hehe

Pendek kata , macam-macam ada di Kawasan sekitar lumut ini. Semoga korang juga mampu untuk sampai ke sana satu hari nanti. seronok tak baca entri TEMPAT MENARIK DI SEKITAR LUMUT,PERAK ? kalau seronok, sharelah dengan kawan-kawan korang ya.

Sekian.


Post a Comment

Previous Post Next Post