CARA MENARIK REZEKI DENGAN MUDAH !

CARA MENARIK REZEKI DENGAN MUDAH ! • Assalamualaikum. rezeki merupakan salah satu kurniaan allah kepada kita . Rezeki juga boleh di kategorikan kepada beberapa jenis. Antaranya adalah harta ,wang ringgit , kesihatan dan ketenangan jiwa . Ramai yang mencari Cara untuk menarik rezeki supaya dekat dengan mereka. Mungkin ini dapat membantu kalian .

Ada beberapa cara untuk menarik rezeki dengan mudah , antaranya adalah

1. Sedekah

Sedekah antara perkara yang paling susah di lakukan.Ia di tambah lagi ketika kita mempunyai wang yang banyak . tetapi ramai tidak tahu,dengan banyak bersedekah, rezeki mereka akan bertambah . tetapi ramai di antara kita takut untuk berbuat demikian hanya kerana takut harta mereka berkurang .alangkah ruginya mereka .
CARA MENARIK REZEKI DENGAN MUDAH !


2. Buat baik kepada orang lain .

Buat baik dapat pahala . Ketika melakukan perkara kebaikkan jangan pula rasa ingin menunjuk-nunjuk kebaikkan kita. buatlah kerana Allah .semoga dengan amal baik kita itu menjadi penyebab untuk rezeki kita sentiasa murah .

3. Doa ibu bapa .



Melalui pengalaman aku, doa ibu bapa merupakan aset penting dalam kehidupan seseorang . Tanpa doa mereka kita tidak ada apa-apa . Jadi mohonlah dengan seikhlas hati kepada Allah supaya di panjangkan usia ayah dan ibu kita. Mohonlah kepada mereka doa yang baik-baik untuk kita .

Sebagai anak, kita perlu berbakti kepada ibu dan ayah kita dengan seikhlas hati . jangan jadi anak derhaka .kelak kita akan merana .

Ada yang berkata , kalau nak tarik rezeki kena ada cara yang betul. kalau tidak kita tak akan berjaya . Gunalah pelbagai cara sekalipun dan jangan biarkan cara yang kita guna itu bercanggah dari ajaran agama kita . elakkan riba , duit haram dan sebagainya .

Semoga entri mengenai CARA MENARIK REZEKI DENGAN MUDAH ini membantu kita memperoleh rezeki yang melimpah ruah dan di berkati. ingat, jangan mudah putus asa . teruskan berusaha dan berdoa. insyaallah kita kaan berjaya.

Sekian.

إرسال تعليق

أحدث أقدم