TANDA-TANDA PEREMPUAN SUKA LELAKI !

" aku suka dia ke tak ni ? "
" sebab apa aku cemburu bila si dia rapat dengan perempuan lain "
" sebab apa bila lelaki yang kita suka tu ada di depan mata, hati tiba-tiba berdegup kencang ? "
itulah yang sering di luahkan oleh orang perempuan bila melibatkan perasaan hati mereka . Ramai yang tidak tahu nak nilai sama ada mereka betul-betul suka lelaki tersebut atau tidak .
Ramai juga yang ambil jalan untuk tidak mengendahkannya tetapi dalam masa yang sama mereka sendiri terseksa di sebabkan rasa cemburu yang menebal dalam diri mereka . Jom aku kongsikan mengenai Tanda-tanda perempuan suka lelaki !
1. Kuat Cemburu .
Cemburu bila lelaki yang di sukai itu rapat dengan perempuan lain. Walaupun hubungan anda belum official dengan lelaki berkenaan , bila dia rapat dengan perempuan lain, secara langsungnya korang akan rasa cemburu tanpa sebab .
haa, masa ni korang boleh agak yang korang suka lelaki tersebut.
2. Jarang tunjuk perangai sebenar .
Sebagai contoh , kita ada kawan perempuan yang jenis " gila-gila " bila keluar bersama dan sebagainya . kalau betul korang masih "gila-gila" dengan lelaki yang korang kata korang suka tu, maknanya korang masih belum suka dia.
3. Akan selalu pandang dia .
Ada perempuan yang selalu mengigau lelaki yang dia suka . sebab itu mereka suka lelaki yang mereka suka ada depan mata . sebab senang tengok apa yang dia buat . tetapi diorang tak akan bagi tahu lelaki teresbut. sekadar melihat dari jauh sahaja .

Perempuan sememangnya hati lembut dan mudah terguris . Lelaki kena sentiasa belai dia dan jaga dia . aku selalu cakap kepada orang perempuan , kalau lelaki korang tak faham nak belai perasaan korang macam mana, tolong bagi hint atau ajar dia . lama-lama dia akan pandai hormat korang .
TAPI ADA SATU SYARAT !
Syarat dia adalah korang kena pandai hormat lelaki itu sahaja .
3 Perangai Orang perempuan yang lelaki kena tahu .
1. Penyayang .
2. Suka Di sayangi
3. Tegas bila waktunya .
sebagai lelaki kena take note benda ni . sebab perempuan memang serius kalau 3 perkara ni korang tak ambil tahu dekat mereka . boleh perang besar nanti .
jadi, orang perempuan di luar sana , betul tak apa yang aku tulis mengenai tanda-tanda perempuan suka lelaki ?
atau ada yang masih tertinggal ? jom komen di bawah .
hehehe
Sekian .
Post a Comment