Senarai Peserta All Star Buka Panggung [Astro Warna]. Mulai 6 September 2019 ini, sebuah rancangan baru akan mula ditayangkan di Astro Warna bagi menggantikan Muzikal Lawak Superstar 2019. Rancangan All Star Buka Panggung ini akan dihoskan oleh Ajak dan Shahrol Shiro!

Rancangan ini mengetengahkan bakat pelakon-pelakon tanah air untuk membuat lawak berdasarkan situasi-situasi yang telah ditetapkan. Selalu kita dibekalkan dengan rancangan yang mana pelawak-pelawak sahaja yang melakukan scene lawak.

Senarai Peserta All Star Buka Panggung [Astro Warna]


tapi kali ini sangat lain dari lain apabila kita membawakan para pelakon pula untuk mencuba aksi mereka di atas pentas.

Memang menarik konsep kali ni kan.

Senarai Peserta All Star Buka Panggung [Astro Warna]


Para peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan. Hanya satu kumpulan akan beraksi untuk setiap minggu. Juara peringkat kumpulan akan layak ke minggu ke6 iaitu pentas separuh akhir. Jom kita tengok siapa yang beraksi pada minggu pertama dan seterusnya.

Minggu

Pertama : Datuk Aaron Aziz Datin Seri Umie Aida Naim DanielLiyana Jasmay

Kedua : Datuk Rosyam Nor Datin Diana Danielle Fizo Omar Farahdhiya

Ketiga : Fahrin Ahmad Zulhuzaimy Sharifah Sakinah Sweet Qismina

Keempat : Datuk Fizz Fairuz Johan As’ari Rita Rudaini Ruhainies

Kelima : Fauzi Nawawi Izzue Islam Noorkhiriah Mona Allen

Hanya 4 peserta akan berentap di pentas final nanti.

Rancangan ini juga menggunakan Tagline 'katakan tidak kepada Skrip' sebagai benchmark yang mana rancangan ini berlangsung secara spontan tanpa mempunyai skrip. Mesti best kan. aku rasa rancangan ni macam super spontan. tapi entahlah. hehe kena tengok dulu episod pertama baru kita nilai.

Penjurian pula adalah 100% dari penonton. Nanti aku update dekat mana nak undi ya.

Pasti anda tak sabar nak tengok kan. Jadi jangan lupa saksikan rancangan all star buka panggung ini pada setiap hari jumaat jam 9 malam di Astro Warna!

Selamat menonton.




 Jom tengok drama di channel telegram kami!

klik link di bawah ini ya.


Post a Comment

Previous Post Next Post