Sinopsis Drama Bicara Cinta TV3 (2020). Jangan lupa untuk saksikan drama 'Bicara
Cinta' yang di adaptasi dari novel karya Missa J. Drama ini menggantikan drama pink smile yang telah tamat siarannya. Pelakon utama drama ini adalah Emma Maembong dan Adi Putra.

Drama ini diarahkan oleh Along Kamaludin dan akan mula disiarkan
bermula 2 April 2020, setiap Isnin hingga khamis pukul 10 malam.

Drama bicara cinta ini memiliki 16 episod kesemuanya. Ia akan mula ditayangkan pada 21 September 2020. Waktu Siarannya pula pada setiap Isnin hingga Jumaat. Pada Jam 10 malam untuk slot Samarinda.
Agak lama rasanya kita tak tengok gandingan pelakon Adi putra dan Emma Maembong ni kan. Korang mesti rindu lakonan diorang kan.

PELAKON : Emma Maembong, Adi Putra, Azrel Ismail, Balkisyh Semundur Khan, Syed
Aiman, Beego, Khalida Balqis, Eizlan Yusof, Khaty Azian
Sinopsis Drama Bicara Cinta TV3 (2020)
Drama ini mengisahkan tentang Anis Sofea yang telah kehilangan kedua ibu bapanya dalam satu kemalangan jalan raya. Tok Ali dan Nenek Humairah merupakan waris kepada anis setelah kematian ibu bapa anis. Mereka memujuk Anis untuk berkahwin dengan Adee
kerana mereka risau akan kebajikan Anis.

Anis bersetuju dan mereka berkahwin. Pada awalnya, sukar untuk mereka berdua hidup bersama. Perbezaan
umur mereka juga hampir 20 tahun di antara mereka.
Selepas beberapa ketika, cinta itu pun berputik. Sehinggakan mereka susah untuk berpisah.
OST Drama
Pada suatu hari, Adee tidak pulang dari hutan. Anis sekali lagi diuji dengan
kehilangan orang tersayang. Berita sedih tersebut harus di telan oleh Anis.
Biapun sukar untuk berdepan dugaan yang dihadapi,
Anis harus tabah kerana kini dia perlu memikirkan masa depan anak mereka,
Hanim.
Penutup
Jangan lupa untuk saksikan drama bicara cinta ini yang akan menemui anda pada 21 september nanti. Silakan share bagi rakan-rakan anda tahu juga ya.
Terima kasih.
Post a Comment