Drama JALAN SESAT KE SYURGA 2020

Drama JALAN SESAT KE SYURGA 2020. Salah satu drama yang diminati ramai adalah drama ini. Antara pelakon yang membintangi drama ini adalah Aaron Aziz dan juga Siti Elizad. Mungkin anda dah tengok cerita ini tapi tak salah untuk baca sinopsis dia kan. hehe.

Drama JALAN SESAT KE SYURGA 2020




Mengisahkan kehidupan keluarga kaya yang terpalit dengan isu ajaran sesat. Jom baca di bawah.


SINOPSIS JALAN SESAT KE SYURGA


Inara kembali bernafas setelah sudah diisytiharkan mati. Setelah dihidupkan semula, Inara berubah dan mahu menjadi seorang Muslimah yang baik, seorang yang bukan dirinya sebelum ini.

Ibu bapa kepada Inara, iaitu Asyirah  dan Zaqwan   gembira dengan perubahan Inara, namun apa yang diajar oleh mereka berkaitan agama menggelirukan Inara. Zaqwan merupakan ahli jemaah kumpulan ‘ Elit’.

Manakala Asyirah pula memperjuangkan ideologi kumpulan Hawa Islam yang berbeza dengan golongan ekstrimis Elit.

Drama JALAN SESAT KE SYURGA 2020

Inara kemudian bertemu Hamzah , seorang penagih dadah yang positif HIV tetapi menjalani kehidupan yang sihat dengan menggunakan ubat ARV. Hamzah mengusahakan sebuah kafe komuniti yang bertujuan untuk membantu penagih-penagih dadah di luar sana.

Apabila Hamzah bertemu Inara, dia tahu bahawa Inara adalah wanita yang terbaik untuk dirinya. Walaupun Inara pada mulanya menolak untuk cinta Hamzah, dia berasa selesa dan selamat di samping Hamzah. Mereka akhirnya bersetuju untuk berkahwin dan menyelamatkan ibu bapa Inara dari ajaran sesat yang dipraktikkan oleh mereka.



Drama JALAN SESAT KE SYURGA 2020




إرسال تعليق

أحدث أقدم