Drama Sang Pewaris 2020 (TV3)

Drama Sang Pewaris 2020 (TV3). Drama sang pewaris ini akan mula ditayangkan pada 25.11.2020. Ia menggantikan drama lelaki lindungan cinta yang telah selesai tayangannya. Drama ini diadaptasi novel 'Sang Pewaris' karya Fizziany di slot Lestary TV3. 

Tonton juga : Drama beri sedikit waktu.

Drama Sang Pewaris 2020 (TV3)

Antara barisan pelakon drama ini adalah Ben Amir dan Amyra Rosli. Memiliki 13 episod dan akan ditayangkan pada setiap hari Rabu sehingga Jumaat pada jam 9 malam. 

Senarai Pelakon lain dalam drama sang pewaris ini adalah Ben Amir, Amyra Rosli, Zarynn Min, Fizz Fairuz, Zamarul Hisham, Ieda Moin, Acong Sweetchild, Sheila Mambo, Harun Hashim, Wan Sharmila, Fad Anuar, Mimi Ernida, Zaefrul Nordin

Baca : Biodata Ben Amir Pelakon Sang Pewaris.

Drama Sang Pewaris 2020 (TV3) 

Cerita ini mengisahkan tentang Ali. Bayangkan dalam satu hari sahaja, Ali dikejutkan dengan beberapa fakta tentang dirinya. Pertama adalah dia bukan Ali bin Ahmad, tetapi rupanya Tunku Ali Khairudin ibni Tunku Ahmad! Fakta kedua, dia mempunyai seorang abang kembar!

Fakta ketiga, sangkanya dia cuma anak pungut, tetapi rupanya dia pernah diculik! Keluarga kandung sedang mencari dan menanti kepulangannya demi kelangsungan warisan keluarga.

Takut dengan kenyataan yang mendadak di depan mata, Ali enggan pulang meskipun puas dipujuk. Tetapi, sekeping gambar telah melunturkan pendiriannya. Dia pulang juga akhirnya.


Drama Sang Pewaris 2020 (TV3)

Macam best ja drama sang pewaris ni, mesti kena tengok kan.


Di saat majlis meraikan kepulangannya diatur, Ali menukar fikiran. Dia menghilangkan diri. Ali mengubah rupa dan menyamar sebagai tukang kebun lalu menyusup masuk ke dalam rumah keluarga kandungnya. Di situ, dia mula mengenali beberapa nama.

Tuan Haji Mahmud iatu Pengurus keluarga diraja yang terlalu setia sehingga menimbulkan curiga.

Tunku Kamariah pula Sang Bonda yang suka menyendiri. Sikapnya terkadang bagai orang gila.

Tunku Ameer iaitu seorang lelaki misteri yang sukar ditafsir budi pekerti.

Drama Sang Pewaris 2020 (TV3)


Doktor Mahfuz merupakan doktor peribadi keluarga yang prihatin meski senyumnya dingin.

Manakala Che Som dan Pak Kadir adalah Tukang masak dan pemandu rasmi keluarga yang memiliki semua cerita tentang keluarga tersebut di dalam poket mereka.

Zara Aireena: Manis. Lembut. Jelita. Bergaya. Ops, itu luaran sahaja! Tetapi rupanya dia boleh tahan gila. Kalau tidak, takkan dikejarnya Ali dengan parang semata-mata marahkan Ali terpotong pokok bunga kesayangannya.

Drama Sang Pewaris 2020 (TV3)


Konflik muncul satu demi satu. Misteri lama terurai perlahan-lahan. Luka lama kembali berdarah. Namun, tiada luka yang dapat menandingi luka di hati Ali bila terpaksa akur bahawa hatinya mula mencintai Zara Aireena, tetapi gadis itu pula merupakan tunang abang kembarnya!

Kalau nak tahu kesudahan drama sang pewaris ini, jangan lupa tonton di tv 3.

Post a Comment

Previous Post Next Post