Drama Shah Alam 40k (TV3) Lakonan Rita Rudaini dan Umie Aida!

Drama Shah Alam 40k (TV3) Lakonan Rita Rudaini dan Umie Aida! Sebuah karya dan drama baru yang akan ditayangkan di TV3. Antara pelakon yang terlibat adalah Rita Rudaini, Umie Aida dan Anna Jobling.  Drama bersiri ini mempunyai 28 episod dan diarahkan oleh Isma Yusoof. Sebelum ini drama ini telah di tayangkan di saluran online iaitu IQIYI dan kini ia akan menggantikan drama hatimu sedingin salju yang telah selesai tayangannya. Drama ini akan ditayangkan untuk slot AKASIA tau. Macam manalah perjalanan keseluruhan cerita ini agaknya. Kalau anda dah tengok di channel online, mesti anda tahu pengakhirannya kan. Bagi yang baru nak tonton tu, Jom baca info Drama Shah Alam 40k (TV3) Lakonan Rita Rudaini dan Umie Aida di bawah ini ya.


Drama Shah Alam 40k (TV3) Lakonan Rita Rudaini dan Umie Aida!




Drama Shah Alam 40k (TV3) Lakonan Rita Rudaini dan Umie Aida!

Drama 28 episod ini akan mula ditayangkan pada 4 Ogos 2021 dan akan ditayangkan pada setiap hari isnin hingga Jumaat jam 9 malam di TV3. Watak-watak dalam drama ini terdiri daripada Rita Rudaini sebagai Datin Rose. Umie Aida sebagai Datin Azalina manakala Anna Jobling sebagai Shafinaz. Seterusnya Jabir Meftah sebagai Akiff dan Danish Iskandar sebagai Fatah. Zailin Aqeesha sebagai Arisa.

Selain itu, pelakon lain yang terlibat adalah Fadlan Hazim, Aedy Ashraf, Yusry Abdul Halim, Qistina Khaled

SINOPSIS SHAH ALAM 40K

Drama shah alam 40k ini mengisahkan tentang Kehiduppan dan situasi kejiranan golongan atasan di Shah Alam yang didiami oleh tiga wanita terkemuka iaitu Datin Sri Azlina, Datin Rose dan Tengku Shafinaz Mckenzie. 

Walaupun kehidupan mereka kaya raya tetapi Masing-masing menyimpan rahsia tersendiri. Satu hari, rahsia mereka terbongkar juga dan menyebabkan berlakunya insiden yang tidak diingini. Adakah persahabatan mereka semakin akrab atau sebaliknya.

Harapnya drama ni bestlah kan. Dapat trending dengan viral baru lah meriah kan. Taklah rasa macam kita tengok sorang jer. hehe.

Selamat menonton.


Post a Comment

Previous Post Next Post