Sinopsis Drama Tercipta Satu Ikatan. Mulai 29 Disember 2020,  Drama 'Tercipta Satu Ikatan' akan mula ditayangkan di Astro Ria. Drama ini diadaptasi  dari novel karya Laydee Amarfi. Antara pelakon utamanya adalah Aeril Zafrel dan Hannah Delisha. Keseluruhan drama ini mempunyai 20 episod sahaja dan di siarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Berikut merupakan Sinopsis Drama Tercipta Satu Ikatan untuk anda.

Sinopsis Drama Tercipta Satu Ikatan (2020)

Sinopsis Drama Tercipta Satu Ikatan

Kematian Jeffery telah membongkar satu persatu hal yang sebelum ini tidak pernah diketahui oleh Leanna ( Hannah Delisha) tentang bapanya. Hubungan perkahwinan yang sudah lama dibina bersama Daniyal juga tiba-tiba menjadi mangsa curiga. 

Tetapi bila persoalan itu sudah terjawab, hati Leanna tetap tidak sepenuhnya dapat menerima. Masih ada perkara yang tergantung tidak selesai. Layanan Daniyal (Aeril Zafril) yang lebih baik dari sebelumnya juga sesekali menimbulkan rasa pelik di hati. Mengapa sikap suaminya berubah?

Walaupun berulang kali menyebut cinta, Daniyal tahu semua itu tidak akan selamanya mampu menutup rahsia yang sudah bertahun disimpan di dalam kamus hidupnya. Kepulangan Risa (Sophia Barakbah) dalam keadaan dia sedang berusaha membina bahagia menegangkan semula keadaan. Wanita itu tidak akan berhenti mengejar selagi apa yang diinginkan tidak tercapai. 

Apa yang berlaku semuanya tidak pernah melibatkan Leanna. Tapi kenapa di akhirnya dia juga yang terpaksa menanggung semua sengsara?


EPISOD : 20

TARIKH TAYANGAN : 29 Disember 2020


WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam

SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)

Senarai Pelakon dalam drama ini adalah Aeril Zafrel, Hannah Delisha, Izzue Islam, Sophia Barakbah, Nadhir Nasar, Nadiyah Shahab, Esma Daniel, Nada Syuhada, Saharul Ridzwan, Fazira Shafinaz, Farah Wahida, Hairi Ghani, Fyda, Syed Irfan, Aqil Nahar, Damia Qaissarah, Mia Deen



 Jom tengok drama di channel telegram kami!

klik link di bawah ini ya.


Post a Comment

Previous Post Next Post