Sinopsis Drama Marry Me, Senorita

Sinopsis Drama Marry Me, Senorita. Sebuah Karya Drama 'Marry Me Senorita' diadaptasi dari novel tulisan Suri Ryana. Drama ini akan di tayangkan di Astro. Antara pelakon utamanya adalah Dini Schatzmann dan Janna Nick. berikut merupakan Sinopsis Drama Marry Me, Senorita untuk bacaan anda.

Sinopsis Drama Marry Me, Senorita




Sinopsis Drama Marry Me, Senorita

Isa Alejandro, seorang lelaki kacukan Sepanyol ingin melamar seorang wanita bernama Sofiy Leia. 


Isa Alejandro muncul saat Sofiy Leia tidak mempunyai sesiapa dan berada dalam bahaya. Sofiy terpaksa bersetuju apabila sedar dia benar-benar diburu oleh Tina sebaik sahaja Sofiy cuba meninggalkan Isa. Namun, kebahagiaan yang baru dikecap dilanda badai apabila bekas tunang Isa, Rosa Arabella cuba merebut Isa kembali. 


Sofiey Leia dihalau keluar dari rumah oleh mak longnya sendiri. Kerana tidak mempunyai hala tuju, Sofiy bercadang untuk ke Kuala Lumpur dan bertemu dengan Tina. Sofiy cuba jauhkan diri dari Isa dan tidak mahu terlibat dengan masalah keluarga Isa tapi cubaannya gagal apabila Tina cuba membawa Sofiy lari.


Keberadaan Sofiy dirumah membuatkan Nenda Isa sangat suka kepada Sofiy. Tina yang tidak puas hati dengan Sofiy, menfitnah Sofiy dekat mak longnya. Bagi menyakinkan Sofiy, Isa setuju dengan syarat yang Sofiy tetapkan untuk tengok Isa tidak akan mengambil minuman arak lagi.


Rosa mendapat tahu bahawa Isa telah berkahwin dengan Sofiy membuatkan Rosa memalukan Sofiy di sosial medianya.


Jumlah Episod drama ini adalah sebanyak 20 episod dan Episod pertama di tayangkan pada 2 Febuari 2021. Drama ini mengambil slot Astro Ria dan di siarkan pada setiap hari isnin hingga khamis jam 10 malam.

Senarai penuh pelakon drama ini adalah Janna Nick, Dini Schatzmann, Shaza Bae, Meerqeen, Dato Jalaludin Hassan, Fadilah Mansor, Yasmin Hani, Siti Khadijah Halim, Asha Merican, Raja Azura, Nabil Aqil, Daler Yusof, Alif Muhaimin, Natasha Elyzza, Razman Mahayuddin


Post a Comment

Previous Post Next Post