Sinopsis Drama Semua Salahku (2021)

Sinopsis Drama Semua Salahku (2021). Jangan lupa untuk tonton drama'semua salahku' yang akan ditayangkan di TV3. Sebenarnya drama ini telah ditayangkan pada tahun 2019 dan kini diulang tayang kembali untuk tontonan anda. Antara pelakon yang terlibat adalah Fasha Sandha, Fauziah Nawi, Nafiz Muaz, Syed Aiman dan ramai lagi. Berikut merupakan Sinopsis Drama Semua Salahku untuk bacaan anda. 

Sinopsis Drama Semua Salahku (2021)


Sinopsis Drama Semua Salahku (2021)

Drama ini mempunyai 13 episod dan akan disiarkan pada setiap hari Rabu hingga Jumat pada Jam 9 malam. Drama ini juga diarahkan oleh Along Kamaluddin. 

Barisan pelakon drama ini terdiri daripada Fasha Sandha, Nafiz Muaz, Intan Najuwa, Neera Azizi, Dayang Areeda, Fauziah Nawi, Adiba Yunus, Fadlan Hazim, Syed Aiman, Nafiez Zaidi, Zaidi omar, Zee Zainal, Idham Maulana, Afzan A Rahman, Aman Suwardi, Farisha Irwayu, Nor Azifah Abidin, Idham Maulana


Drama ini mengisahkan Sofea, seorang anak yang derhaka pada ibunya dan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada anaknya iaitu, Haris. Ketika Haris masih kecil, bapanya meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta menyebabkan ibunya, Sofea terbeban kerana terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan pendapatan.


Bagi menambah pendapatan, Fatimah, ibu Sofea mencadangkan Sofea untuk memasuki kelas solekan. Sofea mula berkecimpung dalam bidang solekan dan sedikit sebanyak telah membantu menambah pendapatan Sofea. Malangnya, kasih sayang dan keperluan Haris mula terabai apabila Sofea berkahwin dengan Iqbal. Namun perkahwinan itu tidak bertahan lama apabila Iqbal terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan Sofea kehilangan wang simpanannya.


Tertekan dengan kehilangan wang, Sofea mengurangkan wang belanja Haris dan juga perbelanjaan di rumah. Sofea tidak mahu berterusan hidup susah dan menghabiskan wangnya untuk pergi ke Spa demi untuk menjaga penampilannya agar dapat mencari lelaki kaya. Haris yang dahulunya seorang pelajar cemerlang mula terlibat dengan masalah disiplin dan prestasinya semakin merosot kerana sering diabaikan Sofea. Haris mula bergaul dengan Naim, seorang mat rempit yang terlibat dalam kegiatan merompak kerana dia mahu memenuhi kehendak Mira gadis yang diminatinya.

Apa jadi pada Haris dan Sofea? sama-sama kita tonton semua episod ya. 


Post a Comment

Previous Post Next Post