Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa (Astro Ria 2021). Mulai 23 Mac 2021, Drama 'Rindu Awak Separuh Nyawa' telah mula ditayangkan. Antara pelakon utama dalam cerita ini adalah Shukri Yahaya dan Uqasha Senrose. Drama rindu awak separuh nyawa ini mempunyai 40 episod dan diarahkan oleh Along Kamaludin.

Dalam drama ni Shukri Yahaya membawa watak sebagai Nazril dan Uaqasha senrose pula membawa watak sebagai kasih Maisara. Dalam episod 1 pun diorang dah bertekak bagai, mesti sampai habis cerita ni best. hehe. 

Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa (Astro Ria 2021)


Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa (Astro Ria 2021)

Drama rindu awak separuh nyawa ini mengisahkan tentang Hubungan Kasih Maisara dan ayahnya, Dato Raqib mula tegang selepas pemergian mamanya. Untuk membalas segala rasa marah dan sakit hatinya kepada Dato Raqib. Maisara membatalkan majlis pertunangannya bersama Aidil membuatkan Dato Raqib malu kepada keluarga Aidil lebih-lebih lagi, Maisaralah yang mahu bertunang dengan Aidil.

Waktu tayangan drama ini adalah pada setiap hari isnin hingga khamis jam 10 malam di Astro Ria dan Ria HD.

Kerana terlalu emosi, Maisara hampir melanggar Nazril Nazim di dalam kawasan kampus mereka. Namun Maisara dengan keras kepalanya tidak mahu bertanggungjawab terhadap kemalangan tersebut sehingga tercetusnya perbalahan dengan lelaki tersebut.

Nazril pula terpaksa berhubung dengan Maisara selepas dia ingin menyampaikan amanah surat dari kawan baiknya yang dikecewakan oleh Maisara. Dia tak tahu, maisara ini jugalah yang menghinanya dan melanggarnya. 

Nazril pula tidak tunggu lama untuk menegur sikap bongkak Maisara. Rupanya perbalahan Maisara dan Nazril ni didengari oleh musuh ketat Maisara, Si Sally. Apa lagi, dia pun cabar maisara untuk berkahwin dengan Nazril.

Maisara juga pantang dicabar dan bersetuju untuk berkahwin dengan Nazril. Pelbagai cara dilakukannya untuk mendapatkan Nazril selepas itu. Mampukah Nazril terbuka hati untuk menerima perempuan bongkak si Maisara itu sebagai isteri?

Sama-sama kita tengok sampai habis cerita ni ya. 


Senarai Pelakon Drama Rindu Awak Separuh Nyawa (Astro Ria 2021)

Selain Shukri Yahaya dan Uqasha Senrose, pelakon lain yang terlibat dalam drama ini adalah Fizo Omar, Marsha Milan, Khairil Anwar Aman, Aida Khalida, Noorkhiriah, Balkisyh Semundur Khan, Ikhlas Jalil, Norreen Iman, Fiza Thomas, Munira Iwan, Fauzi Nawawi, Aleza Shadan, Farouk Hussain, Farez Ridzwan, Fareez Fauzi, Silfeny Osman, Puteri Rafasya

Tak sabar nak tengok kesudahan cerita ni kan. hehe.


 Jom tengok drama di channel telegram kami!

klik link di bawah ini ya.


Previous Post Next Post