Sinopsis Drama Romantika 4 Hari 3 Malam (TV3) Lakonan Sean Lee dan Amelia Henderson

Sinopsis Drama Romantika 4 Hari 3 Malam (TV3). jangan lepaskan peluang untuk menonton drama 'Romantika 4 Hari 3 Malam' karya Wizana Emilia di slot Lestary TV3. Pelakon utama dalam drama ini adalah Sean Lee dan Amelia Henderson. Drama ini didaptasi dari novel romantika 4 hari 3 malam dan mempunyai 13 episod. Pasti ramai tak sabar nak tengok gandingan Sean dan Amelia kan. Ramai puji bila baca ringkasan sinopsis drama romantikan 4 hari 3 malam ni dekat bawah. Apa pula komen korang? 

Sinopsis Drama Romantika 4 Hari 3 Malam (TV3) Lakonan Sean Lee dan Amelia Henderson


Sinopsis Drama Romantika 4 Hari 3 Malam (TV3) Lakonan Sean Lee dan Amelia Henderson


Drama ini mengisahkan Lana Analia memang menjadi impiannya untuk menjadi seorang wartawan yang hebat. Dia ditugaskan untuk menulis rencana untuk ruangan Blind Date. Pelbagai jenis lelaki dia jumpa sepanjang mengendalikan ruangan tersebut. 

Impiannya hanya satu mencari insan yang sesuai dengannya. Menerusi artikelnya disampaikan setiap kekecewaan itu. Terus-terusan pula rencananya mendapat pujian dan semakin diminati sehingga namanya dikenali ramai.


Tanpa diduga, hadiah percutian eksklusif 4 hari 3 malam di Pulau Impian yang dimenanginya mencipta pertemuan tanpa dirancang. Seorang lelaki yang dianggapnya panas baran telah berjaya mencuri hati dan jiwanya. Segala-galanya cukup indah sepanjang 4 hari 3 malam di pulau itu.


Namun, kata cinta tidak sempat dilafaz. Salah faham menyebabkan Amar pulang lebih awal. Lana ditinggalkan.. 

Percutian indahnya bersama Amar dijadikan bahan coretan terakhirnya dalam ruangan Blind Date. Sempatkah lafaz cinta yang tertangguh diucapkan? Mampukah kenangan indah di Pulau Impian diulang kembali?

Apakah kesudahan cerita ini? sama-sama kita tonton kesemua episod ya. 

Waktu Tayangan: Rabu hingga Sabtu 9 malam.

Jumlah Episod : 13

Senarai Pelakon adalah Amelia Henderson, Sean Lee, Syafi Tee, Oshin Ahmad, Nynaa Harizal, Wafariena, Daniesh Suffian, Dottie, Zila Bakarin, Izzendra, Jesse Lim, Aida Aris, Lisdawati, Sahronizam Noor



Post a Comment

Previous Post Next Post